Pelajar maut bersama kertas kerja

by Muhammad Naim Abdullah, November 20, 2009
JITRA - “Apa yang kami kesalkan bila arwah meminta supaya kami menunggunya untuk ke kuliah bersama kami tidak berbuat demikian sebaliknya meninggalkan kerana sudah lewat. “Kami bergerak dahulu ke kelas dan kurang dari 30 minit berada di kelas kami menerima panggilan yang dia kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,” kata Khairul Azuan Ishak, 19 rakan Allahyarham Saiful Arjuna Mohd Rosdi, 19 yang maut dalam kemalangan tengah hari, kelmarin. Kemalangan yang berlaku di Jalan Hadapan Kilang Permintech, Bandar Darulaman itu menyebabkan Saiful Arjuna Mohd Rosdi yang menunggang motosikal dikatakan merempuh bahagian belakang lori yang pada ketika itu sedang membelok ke kanan jalan sehingga menyebabkan mangsa terpelanting ke bahu jalan dan meninggal di tempat kejadian. Rakan mangsa, Khairul Azuan Ishak berkata, kertas kerja berkumpulan yang siap untuk dibentangkan di dalam kelas turut bersama mangsa yang akan diserahkan kepada pensyarah, namun, ia tidak kesampaian. Menurutnya, Saiful menunjukkan sedikit perubahan kerana sebelum ini tidak pernah mudah dan cepat melenting tetapi bersikap demikian sejak tiga hari sebelum kemalangan itu. “Kami tidak sangka sikapnya berubah sebelum dia tinggalkan kami semua. Kami kesal kerana tidak tunggu dia untuk ke kelas bersama,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jitra, petang kelmarin. Khairul Azuan berkata, mereka sepatutnya bertolak ke kelas bersama beberapa lagi rakan serumah yang lain tetapi meninggalkannya yang ketika itu sedang memakai kasut. Mangsa, Saiful Arjuna Mohd Rosdi adalah pelajar semester tiga kursus Sijil Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas) adalah anak sulung daripada empat adik-beradik. Menurutnya, selepas mendapat tahu rakannya itu kemalangan, dia dan rakan yang lain terus bergegas ke tempat kejadian. “ Kami nampak serpihan bahagian motosikalnya di atas jalan, ketika mayat ditutup saya nampak tangan rakan saya itu yang menguatkan lagi berita yang kami terima. Kami sedih dan kesal dengan apa yang berlaku,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Mohd Rosdi Yahya, 44, berkata, kali terakhir dia bertemu dan bersembang dengan anaknya itu ialah kira-kira pada seminggu yang lepas ketika mangsa pulang ke rumah sempena cuti hujung minggu. “Ketika cuti dia jarang berada di rumah kerana sering memenuhi masanya dengan kerja sambilan. Tiada sebarang petanda pelik yang saya dilihat. “Dia seorang anak yang rajin dan lebih rapat dengan ibunya. Apa-apa sahaja masalah dia sering berhubung dengan isteri saya,” katanya kepada Sinar Harian di perkarangan rumah mayat, petang kelmarin. Mayat mangsa dibawa pulang ke Kampung Kuala Dulang Kecil dan dikebumikan pada malam semalam. sinar edisi utara(19/11/09) http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6024375.asp
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. ajal maut di tangan Tuhan. Allah tarik nyawa bila2 ja.. = . =

    takziah buat keluarga beliau.. hurm

    BalasPadam
  2. sdeynyer klu nadia salah sorng shabt arwah..semoga Allah s.w.t memberkati arwah...al-fatihah..

    BalasPadam
  3. sdeynyer klu nadia salah sorang kwan arwah..semoga Allah s.w.t merahmati arwah..al-fatihah..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS