pengikut pemudattbc

Rabu, 9 Disember 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

dipetik daripada www.iluvislam.com
1. Bersyukur apabila mendapat nikmat 2. Sabar apabila mendapat kesulitan 3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program 4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan 5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan 6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan 7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan 8. Jangan usil dengan kekayaan orang 9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang 10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan 11. Jangan tamak kepada harta 12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan 13. Jangan hancur karena kezaliman 14. Jangan goyah kerana fitnah 15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram 17. Jangan sakiti ayah dan ibu 18. Jangan usir orang yang meminta-minta 19. Jangan sakiti anak yatim 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid) 23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk 24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid 25. Biasakan diri dengan solat malam 26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat 28. Sayangi dan santuni fakir miskin 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah 30. Jangan marah berlebih-lebihan 31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan 32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah 33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan 36. Jangan percaya ramalan manusia 37. Jangan terlampau takut miskin 38. Hormatilah setiap orang 39. Jangan terlampau takut kepada manusia 40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala 41. Berlakulah adil dalam segala urusan 42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah 44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran 45. Perbanyakkan silaturrahim 46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam 47. Bicaralah secukupnya 48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya 49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu 50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur 51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin 52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga 53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan 54. Hormatilah kepada guru dan ulama 55. Sering-sering berselawat kepada nabi 56. Cintai keluarga Nabi saw 57. Jangan terlalu banyak hutang 58. Jangan terlampau mudah berjanji 59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara 60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah. 61. Bergaullah dengan orang-orang soleh 62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar 63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu 64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita 65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi 66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya 67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita 68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan 70. Jangan melukakan hati orang lain 71. Jangan membiasakan diri berkata dusta 72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian 73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab 74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan 75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain 77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita 78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana 79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan 80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya 81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara 82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain 83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara 84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa 85. Hargai prestasi dan pemberian orang 86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan 87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan 88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita 89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu 90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana 91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita 92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina 93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya 94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban 95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan 96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri 97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan 98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan 99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

0 comments:

Entry Paling Best

--------------