pengikut pemudattbc

Khamis, 3 Disember 2009

sambungan daripada post yg lalu-signboard MB dikoyak??

Kerja siapa wajah Dato' Azizan tanpa muka? Petang tadi ketika hendak pulang ke kediaman saya di Alor Setar, pandangan saya tertarik kepada satu billboard berdekatan Bulatan Jalan Stadium. Di situ biasanya tertegak beberapa billboard antaranya yang menunjukkan gambar Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak yang bertengkolok bersama satu permata hadis mengenai 'rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara'. Namun petang ini saya lihat muka Dato' Azizan yang segak bertengkolok itu sudah tertanggal dari dada billboard. Yang masih wujud di atas billboard cuma tengkolok beliau bersama hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi mengenai 'lima perkara' itu sahaja. Saya terpaksa membuat satu pusingan untuk melihat sekali lagi apa yang sebenarnya terjadi dengan gambar Datuk Seri Azizan itu. Setelah mendekati, nampak jelas poster wajah Ustaz Azizan atas billboard itu yang memang sengaja dikoyak oleh seseorang hamba Allah. Siapa punya kerja tiada siapa yang tahu. Apa nawaitunya ketika mengoyak juga tiada siapa yang tahu. Yang pasti cuma dua perkara - pertama, si-pengoyak tidak menyenangi MB Kedah dan yang kedua si-pengoyak itu seorang pengecut dan bukan dari kalangan orang cerdik. Saya katakan si-pengoyak pengecut dan bukan orang cerdik, kerana orang berani dan cerdik biasanya akan menggunakan medium lain bagi menyalurkan ketidak puasan hatinya. Orang berani dan cerdik mungkin akan ke pejabat MB, jika tidak dapat jumpa MB sekalipun mungkin dapat berjumpa Setiausaha Sulitnya. Orang berani dan cerdik juga mungkin akan mengemukakan memo ke pejabat MB atau berjumpa wakil rakyat bagi mengadu perkara-perkara berkaitan rasa tidak puashatinya terhadap MB. Orang berani dan cerdik juga seperti anda yang membaca blog ini mungkin akan menggunakan internet bagi meluahkan rasa marahnya. Tapi orang pengecut dan kurang cerdik melakukan seperti apa yang dilakukan di billboard berdekatan Bulatan Jalan Stadium itu - koyak poster bagi melempiaskan kemarahannya. Dan kerana ia dilakukan secara pengecut dan tidak cerdik, tiada siapa tahu apa sebab dia melakukan begitu. Kesian dia.... RUJUKan:: http://kedahlanie.blogspot.com/2009/12/gempar-muka-ust-azizan-kena-koyak-dek.html udate::: berita daripada sinar harian edisi utara: Potret Menteri Besar Kedah disabotaj ALOR SETAR - Lima lokasi papan iklan memaparkan wajah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang terdapat di Tanjung Pauh, Bandar Darulaman, Kepala Batas, Anak Bukit dan berhampiran Stadium Darul Aman telah disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Eksekutif Perhubungan Awam dan Editorial Kedah Communication & Events Sdn Bhd (KCE), Mohd Faiz Othman berkata, papan hak milik Kerajaan Negeri itu diuruskan sepenuhnya oleh KCE. Menurutnya, beliau mula menyedari kerosakan pada papan iklan itu pada 25 November lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. “Saya mula sedar gambar Menteri Besar yang terdapat pada papan itu ditoreh dan dikoyakkan semasa perjalanan pulang ke Jitra dan lokasi yang mula dikenal pasti adalah di Kepala Batas. “Kemudian saya membuat laporan kepada ketua saya dan beliau meminta saya meninjau beberapa lagi lokasi papan iklan yang lain untuk memastikan sama ada semuanya dirosakkan atau tidak. “Jadi keesokan harinya saya keluar dan meninjau beberapa lokasi di sekitar Kota Setar dan Kubang Pasu dan mendapati bahawa empat lagi lokasi papan iklan lain turut mengalami kerosakan yang sama,”katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam. Semua papan iklan yang memaparkan gambar Menteri Besar bersama-sama petikan ayat-ayat al-Quran dan hadis dan ia mula dibina pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan akan diperbaharui setiap kali menjelang perayaan. Sehingga kini terdapat sebanyak 55 papan iklan seperti itu di seluruh Kedah. Mohd Faiz berkata, apa yang menghairankannya lagi kerosakan yang berlaku hanya pada gambar Menteri Besar dan semua tulisan pada papan iklan itu berada dalam keadaan yang baik. Menurutnya, beliau difahamkan keja:dian itu bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini papan iklan itu juga pernah dirosakkan dengan sengaja. “Malah ia bukan sahaja dirosakkan, tetapi ada juga gambar Menteri Besar yang dicuri dan saya rasa semua tindakan ini adalah berunsur sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ia bukan perbuatan yang tidak sengaja,”katanya. http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story6124800.asp

0 comments:

Entry Paling Best

--------------