Tabloid iluvislam Edisi Pertama : Kini Di Pasaran

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2010
Alhamdulillah, selepas akhbar majalah(tabloid) iluvislam edisi pengenalan dilancarkan bulan Disember lepas, edisi pertama tabloid iluvislam bakal berada di pasaran seluruh Malaysia bermula esok (22 Januari 2010).

Saya telah pun mendapatkan naskah edisi pertama di pejabat Karangkraf pagi tadi. Selepas membacanya, saya sangat berpuas hati kerana isi kandungannya mantap, berkualiti, dan santai. Sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, banyak penambahbaikan yang telah dibuat berbanding edisi pengenalan.

Kupasan utama bertajuk "Fahaman Islam : Mengapa Kita Berbeza" telah dipilih sebagai perbincangan utama keluaran sulung ini. Olahannya santai namun mampu membuka minda pembaca.


http://www.iluvislam.com/images/iluvislam1.gif

Pelbagai slot disajikan iaitu komuniti, kompas lokal, kompas global, zoom, sensasi, iluvcybercafe, e-talk, jangan pandang belakang, maafkan aku, head2head, agama & sains, 10 soalan, jejak seni, rileks jap! dan kembara iman.

Tidak ketinggalan adalah sisipan Way of Life yang mengandungi slot iluvfamily, iluvseksologi, iluvxy&xx, iluvc.i.n.t.a., iluvtrend, iluvsihat, iluvikon, iluvbiz, iluvprodukhalal, iluvmakan, iluvjalan dan iluvcybercafe.

iluvikon kali ini memaparkan rencana bertajuk "5 sekawan cetus iluvislam.com". Rencana ini menceritakan tentang sejarah penubuhan iluvislam.com oleh 5 orang co-foundernya.


http://www.iluvislam.com/images/5.jpg
5 sekawan cetus iluvislam.com


http://www.iluvislam.com/images/5_1.jpg
Dari kiri : Izwan, Ruzaini, penulis, Yusuf dan Firdaus

Saya berpendapat, terdapat pelbagai artikel yang sangat menarik dan berjaya dikupas dengan baik. Antaranya adalah "Hadiah paling berharga", "Apa akan terjadi dunia tanpa azan?", Sebut Allah : Mengapa sensitif?" dan lain-lain lagi. Sudah pasti pelaburan RM 2 anda adalah berbaloi-baloi!

Bagi ruangan iluvcybercafe, 2 muka surat khas diperuntukkan untuk bahan dari iluvislam.com . Jadi, kepada ahli iluvislam.com, teruskanlah menulis artikel untuk kami dan teruskanlah berbincang melalui forum iluvislam.com. InsyaAllah, ada kemungkinan bahawa sumbangan anda akan dicetak dalam tabloid iluvislam dan bakal dimanfaatkan oleh ramai orang!


Mengikut perancangan, edisi kedua tabloid ini akan berada di pasaran pada 19 Februari 2010 dan ia akan mula diterbitkan setiap minggu pada bulan Mac.

Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita ramai-ramai serbu kedai-kedai yang menjual majalah dan akhbar untuk mendapatkan tabloid iluvislam edisi pertama!

Semoga usaha ini diberkati Allah. Kami mohon doa dari sahabat-sahabt semua.

Berbahagialah bagi mereka yang berusaha keras untuk merealisasikan mimpi penerbitan tabloid iluvislam ini; dunia dan akhirat, amin... Terima kasih dan tahniah kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., team tabloid iluvislam dan famili krew iluvislam.com.

Go go iluvislam!

Together WE Make History For Our Ummah.

Regards,
Im Koyube
21 Januari 2010
11.50 p.m.


p/s: InsyaAllah bermula esok akan ada iklan tabloid iluvislam semasa rancangan Buletin Utama di TV3. Iklan berlansung selama 5 hari. Jom pakat ramai-ramai tengok dan support iluvislam.com dan tabloid iluvislam.






SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS