Ugut Bunuh Tok GuRU

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 03, 2010
salam perjuangan~ baru2 ini kita digemparkan isu daripada facebook daripada seorang manusia yg ingin membunuh tok guru nik aziz dengan nada sinis dan bangga~ Masya Allah~ semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.. ini bawah ada keratan berita daripada sinar harian~~

=============================================
Ancam bunuh Nik Aziz


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis terhadap seoran:g penulis laman sosial ‘Facebook’ yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ancaman bunuh kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ancaman bunuh tersebut dibuat oleh individu yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi pada 29 April lalu. 

“Polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu terbabit yang mengugut dan mengancam keselamatan orang lain terutama pemimpin seperti Nik Aziz . 

“Sikap seperti ini sudah melampaui batas budaya orang Melayu dan timur kerana sekiranya terdapat perbezaan ideologi politik, gunakan pendekatan berhujah atau dialog yang sesuai dengan politik dan demokrasi negara kita. 

Menurutnya, individu terbabit mengancam untuk membunuh Nik Aziz dan sedia bertanggungjawab sekiranya dihukum gantung kelak. 

“Kami telah menyemak kembali laman sosial terbabit pada hari ini(semalam), namun data maklumat individu terbabit telah dipadamkan daripada laman sosial tersebut. 

“UMNO juga perlu menafikan sekiranya individu terbabit bukan ahlinya kerana berdasarkan maklumat peribadi, individu terbabit merupakan ahli UMNO. 

Beliau berkata, sehingga hari ini (semalam) masih tiada penafian mahupun tindakan daripada UMNO berhubung perkara ini. 

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Chow Kit pada pukul 12.30 tengah hari semalam yang turut disertai beberapa ahli Pemuda Pas yang lain. 

Di KOTA BHARU, satu laporan polis dibuat Pas Kawasan Pangkalan Chepa berhubung perkara sama oleh Setiausaha Bahagian Pas kawasan, Hasan Mamat selepas membaca ugutan itu di laman Facebook individu berkenaan, Jumaat lepas. 

Ketika ditemui, Hassan berkata pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera memandangkan ugutan itu bersifat provokasi dan mengancam keselamatan Nik Aziz sebagai ketua kerajaan yang sah. 

“Sebagai sebuah negara demokrasi dan aman perkara itu tidak sepatutnya berlaku, pihak polis sepatutnya membuat penyiasatan dan mendakwa penulis tersebu sebagai mana peruntukan undang-undang,” katanya.

   sumber:sinarharian
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS