Ustazah Zaman Sekarang

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 18, 2010
ini petikan daripada akhbar Kosmo. Sejauh mana kebenaran itu? Hanya Allah sahaja yang tahu

KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

p/s: Manusia sudah makin hanyut! Setan sudah berpesta..

Firman Allah :
Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.surah Al-Qiyaamah:005
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Tajuk Ustazah Zaman Sekarang seolah2 merujuk kepada semua ustazah2 sedunia...

    Lecturer saya yang berbangsa Cina pernah bercerita berkenaan kelakuan beberapa guru yang berperangai macam ni. Dia pun ada mention tentang 'bertudung labuh' tapi tak dijelaskan title dia guru agama atau subjek lain. Lepas habis dia bercerita, dia kata "Ingat pesan saya, lagi alim seseorang itu, lagi kuat syaitan menggoda."

    BalasPadam
  2. nauzubillahi min zalik..
    macam tak percaya je..
    tak sangka ada juga golongan yang macam ni..huhu=(

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS