Jom Join iLuvislam krew

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 06, 2010
Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?
Tahukah anda dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi insyaAllah impak yang akan anda hasilkan adalah besar?
Ya, dengan menjadi sukarelawan krew iluvislam.com, anda hanya peruntukkan sedikit sahaja masa tetapi usaha anda mampu memberi impak kepada lebih 30,000 orang berbeza setiap hari (dan bilangan ini terus meningkat setiap hari!)

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :
1. Berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik di rumah dan tempat pengajian
3. Rajin membaca email
4. Komited dengan setiap tugasan yang diberikan
5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan yang dipohon. Training disediakan untuk perkara teknikal.
>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<
Jawatan yang boleh dipohon adalah :
1. Editor Artikel
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
2. Penulis Rencana
Menulis rencana hanya sekali seminggu
3. Penulis Berita
Menulis ulasan berita secara mingguan
4. Penganalisa Artikel
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com atau artikel lain dalam data iluvislam.com
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
5. Moderator Umum
Mengawasi forum komuniti iluvislam.com
6. Kaunselor
Membantu menjawab persoalan ahli iluvislam.com yang memerlukan kaunseling.
7. Panel Agama
Membantu menjawab persoalan agama daripada ahli iluvislam.com
Memberi nasihat kepada pengurusan iluvislam.com dari segi agama
8. Profesional
Menjawab soalan berkaitan bidang kepakaran anda. Contohnya doktor akan menjawab persoalan berkenaan kesihatan
9. Web Developer
Membangunkan web-web di bawah kelolaan iluvislam.com
Hanya projek-projek kecil dengan timeline yang flexible
10. Web Designer
Design web-web yang dibangunkan oleh team web developer
11. Designer
Design e-kad dan wallpaper iluvislam.com 2 minggu sekali sahaja
Membantu ketua designer untuk design produk-produk iluvislam
12. Kartunis
Membangunkan komik di bawah iluvislam.com
13. Video Editor
Mengedit dan menghasilkan video-video menarik dan islamik dengan timeline yang flexible
14. Penulis Skrip Video
Menulis skrip atau jalan cerita dan bahan untuk dihasilkan oleh video editor
15. Event Malaysia
Bersama ahli team event Malaysia yang lain menguruskan event iluvislam.com di Malaysia (mesti menetap atau bermastautin di Lembah Klang)
16. Wakil Sekolah (Guru Sahaja)
Mempromosikan iluvislam.com di sekolah masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan sekolah dan iluvislam.com
17. Wakil Universiti
Mempromosikan iluvislam.com di universiti masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan universiti, persatuan di universiti dan iluvislam.com
18. Wakil Pejabat
Mempromosikan iluvislam.com di tempat kerja masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
19. Editor Bahasa Inggeris
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web versi internasional
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
20. Penganalisa Bahasa Inggeris
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com versi internasional
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
21. Facebook/Twitter Team
Mengemaskini (update) status di Facebook dan Twitter iluvislam.com
>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<
Sebarang soalan boleh diajukan melalui email di people[at]iluvislam[dot]com atau hubungi kami melalui telefon di 03-42516702 (Ofis) atau 013-3024281 (Ofis).
Testimonal Krew iluvislam.com
"Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana terpilih menjadi salah seorang krew iluvislam. Selain dapat menambah kenalan dan sahabat, saya dapat belajar banyak perkara  baru sepanjang menjadi krew. Di iluvislam, saya berpeluang untuk mengatur dan mengurus pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Sangat seronok  bekerjasama dengan krew yang lain.  Dahulu selepas tamat pengajian, saya tercari-cari medium dakwah yang terbaik untuk saya. Alhamdulillah, iluvislam telah menyempurnakannya. Saya dapat "Sebarkan ayat-ayat cinta" dan kongsikan pengalaman saya semasa pengajian dahulu. Kini, walaupun telah bekerja saya masih berpeluang untuk aktif dalam apa jua aktiviti yang bermanfaat."
Ruhainah Radin, Team Event Malaysia iluvislam.com, 28 Tahun, Pegawai Sumber Manusia, UIA Gombak
"Menjadi krew iluvislam.com merupakan satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan. Saya sangat terkesan dengan jaringan ukhwah yang mantap dan semangat berpasukan yang hebat di antara krew. Ianya membuatkan saya lebih komited untuk berkhidmat kepada Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran hanya pada ALLAH. I luv islam!"
Mohamad Azhim Ibrahim, Team Event Malaysia iluvislam.com, 23 Tahun, Akauntan di AmAssurance Berhad
"Apabila menyertai famili krew iLuvislam.com, saya merasakan sangat beruntung dan bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat krew yang dapat membawa saya ke jalan-Nya, saling ingat mengingati antara satu sama lain walaupun berbeza team. Pengalaman menyertai event bersama-sama famili krew tak dapat saya lupakan seperti Dialog Krew, menjaga booth iLuvislam semasa Pesta Buku Kuala Lumpur dan macam-macam lagi. Semoga tautan ukhwah ini akan berkekalan sampai bila-bila & dirahmati-Nya selalu. InsyaAllah."
Wan Siti Aisyah Wan Abd Rahman, Kaunselor iluvislam.com, 22 Tahun, Mahasiswa Pendidikan (Kaunseling) di UniRAZAK
"Saya mula mengikuti perkembangan iluvislam.com pada pertengahan tahun 2007. Waktu itu memang iluvislam.com nampak seperti portal Islamik biasa, sebagaimana yang lain-lainnya juga ada artikel, wallpaper dan juga forum khusus. iluvislam.com merupakan sumber utama untuk saya mencari bahan-bahan untuk medium tarbiyah di sekolah dahulu. Sejak itu, saya menanam hasrat untuk mengenali iluvislam.com lebih dekat, di samping dapat menyumbang apa-apa yang terdaya.
Tahun 2009 adalah tahun lonjakan mendadak bagi iluvislam. Daripada fungsi online, fungsi offline turut aktif. Makin bertambah bilangan yang mengenali iluvislam.com, yang kini bukan sekadar portal seperti dahulu. Saya sangat bersyukur kerana sempat menjadi sebahagian daripada lakaran sejarah tersebut.
Sungguh, saya teruja untuk melihat iluvislam.com menjadi media prima Islam untuk seluruh dunia."
Muhammad Syawalfitri Yaakob, Penganalisa Artikel iluvislam.com, 19 Tahun, Mahasiswa Undang-Undang di UIA Gombak.

Sila klik di sini :
http://www.iluvislam.com/aeyie/form/20111201_crewapplication/crew_applyform.php
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS