Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Insya Allah sekali lagi kita akan menyambut Awal Muharaam atau Maal Hijrah, jika di malaysia sudah menjadi cuti umum.Esok akan orang ramai akan berarak menyatakan perhijrahan daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.Sambutan Maal Hijrah menjadi agenda tahunan di Malaysia. Program akan di selang seli dengan alunan nasyeed, tiba acara kemuncak penganugerahan Tokoh Maal Hijrah. Apakah perlu penganugerahan Tokoh Maal Hijrah ini. Bukan sekali, Tiap-tiap tahun akan akan ada penerimanya, adakah berbaloi.
Adakah Maal hijrah di sambut dengan keikhlasan atau macam adat untuk menyambut Maal Hijrah ini.Jom kita tanya roh dan bermuasabah diri sebentar, apakah kita sudah HIJRAH?? Kita masih di zaman belenggu? mengapa Naim cakap macam itu? lihat masyarakat Malaysia khususnya remaja-remaja Islam,Masya Allah berpakaian seperti tidak cukup kain. di atas kepala bertudung turun ke bawah sedikit.erm. Malas nak huraikan, fikirkan apa yang Naim nak sampaikan.Gejala maksiat makin hebat ,percegahan makin malap atau buat-buat tidak mengambil kisah.
Harapan Naim semoga semua kepimpinan Negera di bawah keolahan DS Najib membuat satu perghijrahan yang baru, menukarkan corak pentadbiran berlandas Al-Quran dan Al-Sunnah.
Akhir Kalam. jom memahami erti sebalik H.I.J.R.A.H
bukan setakat pentadbiran, tapi pemerintahan
BalasPadaminilah hijrah yg disempitkan oleh golongan sekular.