Jangan bergembira

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2011



Pernah dengar lagu ini kan. Tak tahu sama ada  kena mengena tak apa yang akan Naim menulis ini.Entry adlah idea kosong yang tidak memberi sebarang kebaikan atau keburukan.Ia bersifat neutral.Jika terasa, faham-faham sahaja.

jika kita seorang berkuasa, jangan berbangga dengan kuasa veto yang ada pada diri , takot kelak kuasa itu akan memakan diri sendiri.Tak percaya? tunggu akan berlaku tak lama lagi.Kita lihat dewasa ini pelbagai cara untuk mendapat kuasa tak pun pangkat, tanpa berfikir panjang sama ada pahala tak pun dosa. Masing-masing sudah lalai dengan kekayaan sementara yang sudah terhidang di depan mata.Tak kurangnya jika sudah bergaul dengan orang kenamaan.

Jika kita seorang wakil rakyat(Bakal ADUN/PARLIMEN), akan datang setiap rumah bertanya khabar memberi sumbangan ikhlas setiap penduduk dengan harapan menggunung agar mereka memangkah kita pabila nak bertanding nanti,setiap bungkusan ada logo parti semoga menjadi sandaran mereka.Jom kita lihat apabila mereka sudah menang adakah mereka bersama-sama kita bertanya khabar.Tak semua macam sebegitu hanya segelintir sahaja.Adakah kerusi Adun/Parlimen menjanjikan seribu kejayaan.Tak... Hanya sementara sahaja. jangan berbangga dengan kuasa yang ada pada kita, kelak kita jatuh nanti malu yang akan dapat.

Jika ingin manusia hebat dan terhebat di kalangan masyarakat kita mesti bersama di lapisan masyarakat tak kira golongan elite  mahupun orang kampung. 
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS