Keputeraan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 16, 2011
Post ini telah dicopy oleh Bro Kid.. ^^ Thankz bro..
---------------
                                                               
Tahukah anda, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah merupakan pemerintah ketiga paling lama DI DUNIA, selepas Raja Bhumipol (Thailand) dan Queen Elizabeth (England).

http://en.wikipedia....urrent_monarchs

Baginda memerintah Kedah sejak zaman setahun selepas kemerdekaan sehinggalah zaman sekarang, bermakna baginda pernah bekerja bersama semua keenam-enam Perdana Menteri Malaysia!

Tahukah anda, baginda juga pernah menjawat jawatan Yang Dipertuan Agung ketika tahun 1970 - 1975.

Ini bermakna, jika Sultan Abdul Halim panjang umur tahun ini, beliau akan menggantikan giliran Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai YDPA dan menjadi satu-satunya Sultan negeri-negeri Melayu yang menjadi Yang Dipertuan Agung (YDPA) sebanyak 2 kali sepanjang hayat!


Tahukah anda juga, Sultan Abdul Halim juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun 1970, Tunku Abdul Rahman ketika meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, antaranya dikatakan kerana beliau merasakan adalah tidak sesuai beliau menjadi Perdana Menteri dibawah pemerintahan anak saudara beliau sendiri (Sultan Abdul Halim). Namun, kerana hormatkan anak saudaranya, Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sehari selepas Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai YDPA.

Tunku Abdul Rahman meletak jawatan pada 22 September 1970, sedangkan Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agung pada 21 September 1970!

Dan oh ya, tahukah anda, sebenarnya baginda diputerakan pada 28 November 1927. Namun 16 Januari diisytiharkan sebagai hari cuti ulangtahun keputeraan baginda untuk disambut sekalian rakyat jelata negeri.

Allah panjangkan umur Sultan Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, limpahkanlah kurnia dan hidayah kepada baginda untuk terus memerintah Kedah dengan aman serta berkatilah sekalian rakyat di bawah jajahannya!

Daulat Tuanku!



Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS