Dunia Kelamku

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 03, 2011
Kisah hidupku mungkin berbeza dengan insan lain
Kisah hidupku dipenuhi kegelapan
Aku berjalan tanpa berhenti
Sambil memerhati dan memahami ranjau duri
Erti sebuah kehidupan hamba terhadap-Nya
Kehidupanku hanya menunggu nasib yang mungkin ada atau sebaliknya


Pandanganku kabur dan kelam
Tanganku saja yang bisa lagi merasai nikmat kehidupan
Hatiku pula memahami coretan-coretan keperitan tanpa melihat dunia
Hati ini pula sentiasa ingin memuji Dia bertasbih mengingati-Nya
sambil aku berjalan di khalayak ramai
Aku duduk menjual sedikit jualan
Bagi menyara kehidupan ku yang tidak semewah insan
lain yang sibuk mencari harta dunia
di tengah kesibukan lautan manusia bersuka ria
tapi hati aku sahaja mampu melihat dan memahami realiti dunia diluar sana
Dunia ku kelam, berbeza daripada mereka yang masih lagi
mampu memerhati tanpa dipaksa
Tanganku terus meraba-raba memegang sesuatu yang mungkin
boleh memberi petunjuk
untuk aku terus berjalan hingga penghujung hayatku


Aku tak bisa langit yang biru
Aku tak bisa memandang anugerah Mu disekelilingku
Aku tidak bisa mengenal pelbagai warna kehidupan
Namun aku masih bersyukur pandangan mata hatiku sentiasa tajam
Untuk memahami sesuatu dan merasai nikmat yang masih lagi aku terima
Daripada Sang Pencipta yang tidak pernah sekalipun menghiraukanku
Baik siang mahupun malam kehidupanku tetap sama
Kelam dan gelap
Tapi insan lain pula??


Ya Allah sesungguhnya engkau Maha Penyayang
Terima kasih tuhanku kerana kau telah menyelamatkan aku
Daripada pandangan-pandangan kemaksiatan dunia
Pandangan –pandangan tajam yang boleh melemahkan iman
BIsikan hatiku ini semakin kuat menerima takdir ini
Reda dengan ketentuanMu
Sesungguhnya aku masih lagi diberikan masa didunia
untuk merasai nikmat kemanisan
Iman dihati untuk terus mencari Cinta- MU
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS