Hidayah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Februari 20, 2011
Hidayah…..
Betapa gembiranya hati ini,
Dengan Nur iman dihati,
Cahaya terserlah disanubari,
Anugerah dari Illahi.

Hidayah…..
Hanya datang kepada orang terpilih,
Ianya tidak boleh dijual beli,
Sedangkan kekasih ALLAH tidak dapat memberi,
Kecuali ALLAH Yang Maha Tinggi.

Hidayah…..
Kerlipan cinta yang menyinari hati,
Membuatkan kita sujud pada Illahi,
Amar ma'ruf nahi mungkar,
Setia menjadi hamba yang mu'min.

Hidayah…..
Dengan cahayamu itu,
Aku takkan berpaling lagi,
Dari melanggar batas syariatMu,
Yang dapat membinasakan diriku ini.

Hidayah…..
Cahaya yang tidak ada nilainya,
Membawaku ke Syurga Firdausi,
Betapa beruntungnya menjadi hamba yang mu'min,
Yang sentiasa sujud pada perintah Illahi,
Dan betapa rugilah orang yang berpaling dariNya.




sumber: murabbi.net

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS