Kerna Miskin, Tak dapat membeli Kain

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mac 09, 2011
Pagi tadi ada terbaca utusan online mengenai gadis melayu berkemban. Kesian kepada mereka yang tidak cukup untuk membeli kain . Apa kata kita pakat-pakat kumpul derma dekat mereka ini supaya mereka menutupi bahagian terdedah di sana-sini yang dpat menambah saham dosa kepada sesiapa  yg melihatnya. 

Kalau sesiapa tak baca lagi, Naim sertakan apa yg NAIM baca tadi:-

PERTANDINGAN Pencarian Puteri Melayu 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru minggu lalu berakhir dengan insiden memalukan apabila lima finalis tergamak beraksi seksi di atas pentas.
Pertandingan itu dianjurkan untuk memilih seorang gadis Melayu bagi memegang watak heroin dalam filem Jebat yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan.
Filem Jebat yang menelan kos RM5.5 juta itu mencari watak Dang Wangi yang memiliki rupa paras klasik persis primadona Melayu, Latifah Omar.
Namun gara-gara aksi terlampau sanggup berkemban, orang ramai yang hadir terkejut dan kesal apatah lagi semua finalis itu adalah gadis Melayu yang beragama Islam.
Pancaindera turut terkena tempias apabila menerima panggilan telefon orang ramai terutama dari Johor yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pertandingan itu.
Kata seorang pemanggil wanita, kenapa pihak penganjur sanggup menggadaikan maruah anak gadis Melayu di pentas dengan menyuruh mereka beraksi berkemban bagi tontonan ramai?
Jelasnya, finalis pada mulanya memperagakan pakaian tradisional Melayu dengan selendang menutup dada dan bahu mereka sebelum selendang itu dijatuhkan ke atas lantai dan berkemban.
Malah bebelnya lagi, terdapat juga adegan lakonan berpelukan yang memualkan dipersembahkan kepada khalayak.
“Kenapa sanggup bogelkan gadis Melayu sampai macam tu? Sudahlah juara Pencarian Puteri Melayu 2011 itu menjadi milik pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee.
“Bayangkan seorang gadis Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah didedahkan dengan aksi sedemikian. Padahal dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini,” ngomelnyasayup-sayup di corong telefon.
Itu dia, sesekali orang Johor mengamuk memang panjang lebar bebelan mereka. Perasaan tidak puas hati turut diluahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor, Asiah Md. Arif.
Namun bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai insiden “terlampau” itu secara adil, Pancaindera turut mendapat penjelasan penerbit filem Jebat selaku penganjur pertandingan, Jufry Anuar Azmi.
Sementara itu, juara Puteri 2011 akan digandingkan bersama pelakon Zulhuzaimi yang memegang watak Jebat selain membawa pulang habuan termasuk tunai RM1,000, piala dan sijil.
Pencarian Puteri Melayu 2011 terbuka kepada remaja dan dewasa dengan yuran penyertaan sebanyak RM30, manakala bagi yang masih menuntut perlu mendapatkan kebenaran ibubapa selain dikehendaki memakai kemeja T putih serta berseluar jean pada peringkat saringan.
Antara syarat yang dikenakan apabila peserta tidak perlu khuatir jika tidak memiliki pengalaman berlakon kerana apa yang penting jika mereka boleh “bergaya di atas pentas” selain membuktikan secara semula jadi memiliki keyakinan diri tinggi dan akan dihantar menghadiri kelas lakonan.
Kerajaan Johor kesal – Asiah
Sebagai pemimpin wanita, Asiah melahirkan rasa kesal dengan konsep Pencarian Puteri Melayu 2011 yang jelas melanggar nilai-nilai budaya Melayu.
Jelas beliau, aksi-aksi anak gadis Melayu disuruh berkemban di atas pentas sambil ditonton orang ramai merupakan satu insiden yang amat memalukan berlaku di Johor.
Katanya, banyak kriteria pertandingan boleh ditentukan untuk memilih pemenang dan bukannya hanya menitikberatkan kepada pakaian yang terdedah dan seksi sahaja.
“Kenapa perlu berkemban dan terdedah sana sini di atas pentas untuk mencari Puteri Melayu? Sudahlah ramai orang yang menyaksikannya, memang memalukan.
“Sebenarnya dengan pakaian penuh sopan tanpa mendedahkan aurat, identiti Puteri Melayu itu masih boleh diangkat ke tahap yang lebih tingi.
“Kami di Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) beranggapan insiden ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di negeri Johor,” luahnya penuh kesal.
Asiah menambah, lebih mendukacita juara Pencarian Gadis Melayu 2011 adalah seorang pelajar Melayu yang masih bersekolah dan baru berusia 17 tahun.
Justeru tegasnya, pihak penganjur sewajarnya menghormati sentimen orang Melayu di negeri ini sebelum menganjurkan pertandingan sedemikian.
“Saya ingin menasihatkan kepada penganjur pertandingan agar jangan mengulangi insiden berkemban itu lagi di atas pentas di Johor pada masa akan datang.
“Jangan sesekali menjatuhkan maruah kaum wanita sebegitu rupa apabila mereka perlu berpakaian seksi dengan meletakkannya sebagai salah syarat dalam pertandingan.
“Penganjuran pertandingan itu sebenarnya dianggap merosakkan usaha kerajaan negeri menerusi agensi seperti MKNJ dan Yayasan Warisan Johor iaitu ke arah menjadikan Johor sebagai sebuah negeri berbudaya di mana memiliki warga yang kental dengan adab, sopan dan bertatasusila,” katanya.
Ditanya alasan penganjur yang mencari Puteri Melayu di Johor kerana beranggapan ramai gadis Melayu yang cantik dan berbudi bahasa terdapat di negeri ini, Asiah tetap berang dengan cara kriteria pemenang ditentukan.
“Memang terdapat ramai gadis Melayu yang cantik dan berbudi bahasa di Johor tetapi kenapa perlu berkemban di atas pentas sambil ditonton oleh orang ramai,” soalnya tegas.
Bukan isu besar- penerbit
Penerbit filem Jebat yang selaku penganjur pertandingan, Jufry Anuar Azmi memberitahu, pakaian berkemban itu bukanlah satu isu besar yang perlu dihebohkan.
Tegas anak kelahiran Pulau Pinang itu, apa yang berlaku di atas pentas pada hari kejadian merupakan insiden yang tidak disengajakan.
Katanya, ini kerana selendang yang menutup bahu dan dada lima finalis itu jatuh ke lantai secara tiba-tiba.
“Saya memang tidak pernah suruh mereka berkemban di atas pentas sambil ditonton oleh orang ramai.
“Apa yang berlaku mungkin semua finalis itu ‘terlebih’ memperagakan pakaian tradisional dalam usaha mencuri perhatian para juri.
“Malah kami sebagai penganjur juga tidak pernah menetapkan salah satu syarat perlu berkemban di atas pentas,” katanya sambil memberitahu pertandingan itu mendapat sambutan penyertaan seramai 60 peserta.
Jufry berkata, dia sendiri berpendapat semua finalis itu tidak perlu mendedahkan aurat dalam usaha menjadi juara Pencarian Puteri Melayu 2011.
Katanya, insiden itu berlaku di luar kawalan di hadapan empat juri termasuk dirinya selain pengarah filem Jebat, Ramdan Che Hassan selain dua tenaga produksi.
“Saya memilih Johor sebagai lokasi pencarian watak Dang Wangi kerana saya percaya wanita yang ada di selatan tanah air terkenal dengan pegangan teguh kepada adat budaya Melayu.
“Berdasarkan pengalaman peribadi, saya merasakan wanita Johor terkenal dengan adat masyarakat Jawa dan Bugis seperti berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati orang tua selain memiliki rupa paras wanita Melayu sebenar,” katanya.
Ditanya tentang perkembangan filem Jebat itu yang diuar-uarkan sejak 2009, Jufry berkata filem sulungnya itu bakal memulakan penggambaran pada Mei ini.
Katanya, filem terbitan syarikatnya, Jufry Anuar Film Production yang akan mendapat sentuhan dari gandingan pakar perfileman Hollywood ketika ini masih lagi dalam proses memilih barisan pelakon.
“Pelakon yang sudah muktamad dipilih adalah Zulhuzaimy sebagai Jebat manakala watak Dang Wangi akan diterajui salah seorang daripada finalis Pencarian Puteri Melayu 2011.
“Mereka akan menghadiri kelas lakonan selama dua bulan dan salah seorang yang menunjukkan prestasi terbaik akan memegang watak Dang Wangi,” jelasnya.
Ditanya keberanian mempertaruhkan wajah baru untuk filem pertamanya itu, Jufry memberitahu dia berhasrat melahirkan bintang baru ciptaannya sendiri.
“Sudah ramai sangat pelakon popular di negara ini dan asyik-asyik muka yang sama sahaja di pawagam. Jadi lebih baik saya mencari bakat baru dalam industri untuk masa akan datang.
“Tetapi saya tidak menafikan tetap akan memilihpelakon sedia ada untuk memegang watak Hang Li Po dan Tun Teja dalam filem Jebat,” katanya penuh semangat
 kredit gambar:google
p/s:Kesian~~ jom tubuhkan tabung "derma kepada tak cukup kain nak pakai"
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. @Hashira Yusoff

    terima kasih sudi komentar.. semog akita mengambil iktibar~

    BalasPadam
  2. Ya Allah..
    mule2 baca akak btl2 ingt gadis melayu yg miskin, xde duit..
    bila bc smpai habis baru akak mengerti..

    :(.. dah x tahu nak komen ape dik.. keadaan dunia Melayu ISLAM sekarang seolah2 hanya namanya sahaja ISLAM, tetapi apabila dipanggil begitu marah plak.. x pernah lak mrk fikir apa yg mrk buat tu menyalahi Agama ISLAM.. tp marah bila org cakap bukan ISLAM..

    BalasPadam
  3. @LadyBird
    ^_^

    hANYA Allah tempat pengadu....

    semoga depa insaf..

    BalasPadam
  4. 0uh..ader ea kes ue..
    tr0k bt0wl 0rg melayu skrg..
    wt malu jew..
    j0h0r plx ue..
    f0rm5 plx ue..
    isk3...sem0ga mereka2 mndpt hidyh allah..~

    BalasPadam
  5. @★ aIsyaH ★

    Ya.. semoga Allah memancar cahaya iman kepada diri mereka.

    BalasPadam
  6. ermmm...
    bkn nak ckp apela kan...
    errmmm malu pon ada..
    tp hakikatnya juara yang pkai baju kemabn warna kuning tu sedara saya..
    tp memang sgt memalukan..
    ni pon baru dpt taw..
    patotla ramai panggil dia dangg wangi..
    adoi..
    memalukan..
    moga berubah amin..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS