Kata Perdana Menteri Malaysia

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 03, 2011
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osman Laden, semalam.

Menurutnya, kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

“Saya berharap pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib berkata, kerajaan Malaysia mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

“Ini selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah keras oleh agama Islam,” katanya.

Menurutnya, Osama menggunakan Islam dalam perjuangannya sekali gus memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam.

“Sebab itulah, sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti menunjukkan pendirian kita yang mana dalam memartabatkan Islam dan memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam.” katanya.

Perdana Menteri berkata, serangan pada 11 September 2001 ke atas bangunan Pusat Dagangan Dunia di NewYork yang dirancang Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Najib berkata, rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan dan penggunaan dasar pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

-sumber: sinar harian
-----------------------------------------------------------------------------
Berkata benar walaupun pahit kita dapat.Tidak perlu menjaga hati Amerika , walaupun kita menjalinkan hubungan diplomatik..Naim kesal Perdana Menteri melahirkan rasa gembira di atas berita kematian Osama Bin Ladeen.


Entry berhubung kait : osama bin laden syahid
SHARE 6 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS