pengikut pemudattbc

Sabtu, 14 Mei 2011

Kehidupan Seorang Muslim

Alhamduillah , syukur kepada hadrat illahi kerana kita dapat hidup sehari hari dengan di beri rahmat yang melimpah . Hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang dapat semasa pergi kuliah pagi tadi, kuliah pagi tadi berkisar kehidupan seorang muslim.Naim akan sharing yer. 

  1.  kita mesti sentiasa mengingati allah setiap masa tak kira di mana sahaja walhal di dalam kebun pokok getah sahaja. kerana Allah maha besar daripada segalanya.
  2. Make up amalan kita , perbaiki amalan yang berlubang  agar tertambung amalan sedia ada contohnya solat fardhu kan wajib , mana nak tau masa dok solat dok teringat perkara lain, lebih baik solat sunat sama agar ia tertambung, Insya Allah.
  3. Berlembut sesama saudara islam, berlembut bukan sahaja dengan percakapan malah perkara lain, contohnya ada orang memberi salam kita wajib menjawabnya, ada sesetengah orang tak pernah  menjawab salam itu, orang memberi salam , dia pun jawab dengan perkataan salam juga.
  4. Tolong menolong sesama islam
  5. Balas buruk dengan baik.contohnya orang dok mengata kat orang lain, lebih baik kita nasihat daripada ikot sama dok mengumpat nie.
  6. Jaga akhlak
  7. Ziarah kerna Allah.[kenduri yang bercanggah dengan agama tak usah pergi]
  8. Bersatu sesama Islam
  9. Jangan mengadu kepada manusia malah mengadu kepada Allah.[kekadang manusia tidak dapat memberi nasihat dengan sebaiknya, tetapi Allah Maha Mendengar bisa memberi jalan yang benar.
itu sahaja yang dapat naim berkongsi kepada kalian semua, jika terkurang ampun maaf ye, Naim hamba yang dhaif nak ingat semua perkara yang disampaikan. semoga ilmu yang Naim kongsikan ini memberi manfaat. :-)

3 comments:

Kejora berkata... [Reply to comment]

salam naim,

ilmu yg manfaat...
terima kaseh share...:))

Nurul Farhanah berkata... [Reply to comment]

Hidayah milik tuhan. Perlu dicari, bukan menanti.

Yang menjadi masalahnya bila hidayah sudah berada didepan mata, mengapa masih menolaknya.

Wafiy Suzly berkata... [Reply to comment]

terbaik..

Entry Paling Best

--------------