pengikut pemudattbc

Rabu, 4 Mei 2011

Minyak Naik Harga Lagi

sebentar tadi naim terbaca berita daripada malaysiakini.. khbarnya Ron 97 akan naik 20sen menjadi RM2.90,Tak percaya? jap2
-----

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.
RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/163255

----------
kepada kerajaan Malaysia jangan terus menaikkan harga minyak sahaja,bagi nak gaji sama. :)

6 comments:

Miecyber berkata... [Reply to comment]

Rakyat Malaysia semakin susah dan merana..


Zaman Kegemilangan Islam

Jue berkata... [Reply to comment]

kene naik beskal la nmpknye.. hihi

Wafiy Suzly berkata... [Reply to comment]

ini harus dikaji, tapi aku tak salahkan kerajaan 100 peratus. kita jugak kena bersabar dgn ujian, jgn fikir nak mudah je..

naim berkata... [Reply to comment]

@Miecyber

betuk2.. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@Jue

kalo naik gerek dekat xpa akak. :)

naim berkata... [Reply to comment]

@Wafiy Suzly

^_^

ada perkara tak leh bangkang 100%

Entry Paling Best

--------------