Penghujung Ramadhan-Perlu Buat Apa?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 24, 2011
Petang ini nampak suram sahaja. Baru lepas hujan di kampung Naim. Perasaan bulan ramadhan kali lebih sejuk dan nyaman  kan. Adakah? jeng3 (konpirasi) haha. 

Balik pada tajuk asal.Penghujung ramadhan kian terasa apabila lagu-lagu raya terus ke utara di corong-corong radio di Malaysia amnya.Oklah . Di kawasan bandar negeri kedah. Awal ramadhan dah pasang lagu raya?cam mana boleh lagu tu.. ish2..Sebenarnya Naim nak berkisar tentang penghujung ramadhan makin terasa pada diri naim sendiri. Pelbagai ujian telah bersama-sama dengan Naim pada bulan ramadhan. Ia menjadi titik tolak kepada naim supaya menjadi lebih matang.

Di waktu ini surau dan masjid menjadi semakin lengang daripada jemaah. Kalau awal ramadhan , jemaah melimpah di kaki tangga masjid. Sekarang tinggal beberapa saff depan sahaja. Jualan kuih raya menjadi sambutan hebat sekali.Tak kurang nya baju raya dan pelbagai lagi.,,

Jangan kira pulun beribadat pada awal ramadhan sahaja. DI akhir ramadhan masih kita abaikan. Mengapa mesti di abaikan. Bukankah di malam sepuluh terakhir Allah telah menjanjikan Lailatul Qadar?. Ingatlah wahai orang muslimin kejar la ia sebelum ia pergi. Kita tak tahu sama ada kita dapat bersama lagi bulan ramadhan pada tahun hadapan.

Kejar la Lailatul Qadar, bukan kejar Lailatul Kamdar..

Wallahualam
SHARE 10 comments

Add your comment

  1. lailatul jaisah, malam penganugerahan hadiah, iaitu hari raya. semua orang tunggu yang tu!

    BalasPadam
  2. terasa sedih bila bulan ramadhan nak habes daa....terasa xguna sebaiknya bulan ramadhan nii

    BalasPadam
  3. malangnya ramai lebih berminat dengan lailatul kamdar yang menjanjikan material dunia berbanding material akhirat oleh lailatul qadar.;).astaghfirullahalazim..semoga kita sentiasa dipayungi hidayahNya.amin..

    BalasPadam
  4. cayala bro...aku tabik monoshock ngan ayat2 ang ni..

    BalasPadam
  5. lailatul kamdar yer hehehehee

    do visit n follow
    http://myaleo.blogspot.com/2012/08/chinta.html

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS