Seminggu Ramadhan

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 10, 2011
cepat sangat ramadhan bersama kita, sudah seminggu bersama dengan kita. Cepat terasa dengan kita. Allah rabbi. Bagaimana dengan ibadat kita di dalam seminggu ramadhan ini.


Rasanya masa telah cemburukan kita dengan ramadhan. Ramadhan telah masuk frasa yang kedua.Allahu akbar~ Bagaimana kita hendak luangkan masa ramadhan frasa kedua ini. Bagaimana ramadhan frasa pertama kita. Petang ini nak berceritap pasal ramadhan frasa e pertama yang naim lalui .


Pada malam ramadhan di surau titi besi mula dipenuhi oleh penduduk kampung titi besi yang mahu mengimarahkan surau dengan amalan-amalan sunat . Ditambah pula, dengan penambahan air cond demi keselesaan ummah sejagat hasil sumbangan hamba Allah.Alhamduillah ,Di dalam frasa pertama ramadhan Naim bersama-sama sahabat Naim mengecat surau Titi besi supaya lebih cantik dan menambah seri surau titi besi .. :). 


Di samping itu, Naim menolong warga tua di dalam pembuatan bubur lambuk. Alhamduillah sambutan amat menggalakan. Sedap sangat, rugi sapa tidak makan bubur lambuk buatan penduduk titi besi sendiri,


Akhir sekali, berbuka puasa di surau. Setiap minggu hari jumaat sepanjang ramadhan ,surau titi besi akan mengadakan berbuka puasa. Kerana ia dapat mengerat ukhwah sesama penduduk.. Insha Allah.


Itu sahaja  seminggu ramadhan bahagian pertama. insha Allah bahagian kedua akan  menyusur..


Perbaikilah frasa ramadhan kita dengan frasa kedua. Semoga ramadhan kita diredha oleh Allah swt.


wallahualam.
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. betullah naim, masa sekarang cepat benar berlalu...sukakan kalau kawasan bersatu macam tu

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS