Sketsa Hari Lebaran

in , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 29, 2011
Di sewaktu tempat yang dingin dan seorang anak bermain di ruang tamu . Di sebelah nya ada teddy bear kesayangan.Ibunya masih di dapur menyiapkan juadah berbuka untuk dua beranak ini. Sedang leka anak itu bermain-main dengan teddy bear.Terdengar satu dentuman kuat seolah-olah berlalu di atap rumah mereka. Si anak terus berlari ke arah ibunya lalu memekik nama ibu nya...

"Ibu..................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit anaknya....sambil memegang anak patung 

"Ya.. cepat datang dekat ibu, nak" suara ibu dengan nada rendah.

Setelah sampai di dapur. si anak memandang wajah ibunya dengan penuh kasih sayang.

Lalu anak bercakap dengan ibunya..


Anak:Ibu, Aiman takut la ibu, dengar letup sana, letup sini.


Ibu: "Tersenyum melihat anaknya"-Tak usah takut nak. Ibu kan ada, Ibu akan sentiasa bersama Aiman. Jangan takut ya.. 


Anak:Errk... Em. Baiklah ibu.. 


Ibu : "Tersenyum".

Seketika itu , terdengar azan berkemundang di udara....



Anak: Ibu, dah boleh berbuka.


Ibu: Aiman, baca doa..


Anak :"Si anak mengangkat doa, lalu membaca doa".


Ibu :"Amin.."


Semasa mereka sedang makan.Si anak sudah tandus kasih sayang seorang ayah.Di dalam fikiran nya terbayang wajah ayah. Setiap kali ramadhan tiba. Ayahnya tidak berbuka bersama-sama mereka. Setiap kali si anak bertanya kepada ibunya, Ibunya selalu tidak menjawab. Kali ini, Si Anak tekad nak bertanya lagi kepada ibunya.Walaupun ibunya mengelak.


Anak: Ibu... Em.. Ayah mana ya? Setiap kali ramadhan, ayah tidak pernah bersama-sama kita. Adakah ayah tidak sayang pada Aiman?


Satu persoalan datang daripada hati seorang anak yang tandus kasih sayang seorang ayah. Lalu si ibu terus menatap wajah anaknya penuh pengharapan.


Ibu: Aiman, Sebenarnya perkara ini sudah lama , ibu nak ceritakan kepada Aiman. Cuma masa tidak sesuai lagi.


Anak: Kenapa ibu? tidak sesuai , sebab Aiman masih kecil?


Walaupun usia si anak masih muda,tetapi memikiran seperti seorang orang dewasa. Kerana persekitaran beliau telah mematangkan fikirannya.Lalu si Ibu menjawab persoalan itu.


Ibu:Bukan begitu anak ku. Sebab Ayah mu telah berkata pada ibu, jangan memberitahu kamu setelah kamu sudah matang.


Si ibu merasai serba salah ingin memceritak situasi suami nya. Tetapi rasa ingin memberitahu anak sekian lama akan terjawab di malam hari raya.


Anak: Ibu.. cepatlah, Aiman nak tahu, dimana ayah.. kawan-kawan Aiman semua ada ayah. Aiman rasa cemburu melihat kawan-kawan Aiman selalu bersama ayah mereka. Aiman?


Ibu: Sebenarnya Aiman, Ayah Aiman telah meninggal dunia 2 tahun lepas,Ayah meninggal sebab di tembak oleh tentera Isreal ketika ingin membeli roti di hadapan rumah kita.


Anak:"Gelas yang di pegang ,telah jatuh pecah berderai."Ha?? mengapa Ibu menipu selama ini, katakan ayah pergi ke luar negara sebab kerja. sedangkan ayah telah pergi mengadap Allah untuk selamanya. ...


Ibu: "Air mata mula mengalir"-Bukan begitu anakku. Ibu bukan tidak mahu bercerita hal sebenarnya. 


Anak:Lari masuk ke bilik.....


FeedBack di antara si Ibu dan suami


Ayah: Aishah....


Ibu : Ya Abang...


Ayah: Jika berlaku perkara buruk pada bang ke, Jangan beritahu Aiman tentang perkara sebenar. Sebab Abang tak mahu Aiman merasai sedih dan pilu sepanjang hidupnya.


Ibu : "Dengan rasa sebak"...Baik Abang..


-------------------------------
Ibu : Aiman.. Maafkan ibu ya anak..Ibu bukan tidak mahu beritahu kamu hal sebenar. Cuma waktu tidak sesuai waktu itu...


Aiman: .................................................. -'Diam membisu.


-------------------------------
Takbir raya memecah sepi waktu subuh hari....


Ibu : Aiman , bangun , solat subuh Nak...


Aiman : Baik Ibu....


---------------------------------
Sebelum pergi solat sunat Eidul Fitri di masjid berdekatan rumah anaknya. Si anak memakai baju raya serba sederhana . Di baju ada tampung helaian kain lain.. Namun si Anak tidak meminta yang baru kepada ibunya. Kerana beliau tahu, Ibu nya tidak mampu membeli yang baru.Lalu si anak dekati ibunya lalu berkata..


Anak : Ibu. Aiman nak minta maaf di atas perkara semalam.Aiman tidak bermaksud nak berkasar dengan ibu. Cuma... [diam seketika]...Xpalah ibu. Di pagi mulia ini, Aiman nak ucapkan Eid Mubarak kepada Ibu.Ampun maaf kepada ibu jika Aiman ada membuat kenakalan sampai ibu berkecil hati ya.. 


Ibu: ibu maafkan....


---------------------------TAMAT-----------------------------
Sebenar sketsa ini berkisar seorang anak berada di Palestin.. [Imaginasi si Naim]. 


Bayangkan hari raya mereka dengan kita bagaimana ya. Terimalah lagu raya ini untuk kawan-kawan semua. Di kesempatan ini. Niam ingin memgucap Eid Mubarak kepada semua follower blog Naim ini. Jika tulisan Naim ada terasa. Naim ingin memohon keampunan. Naim bukan ingin buat hati kalian terasa. Tetapi ia sebagai motivasi untuk berubah ke arah kebaikan. Insha ALlah


Sambut hari lebaran dengan penuh sederhana. .. Jom dengar lagu ini..






SHARE 11 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS