Terima Kasih Dan Isu Semasa

in , , by Muhammad Naim Abdullah, Ogos 08, 2011
Salam semua.. Hari ini  aka malam ini Naim akan post dua entry. Yang pertama Naim nak ucapkan terima kasih kepada blogger yang sudi follow blog Naim yang tidak seberapa ilmu ini. Semoga amnfaat kepada kehidupan kita sendiri. Setiap penulisan naim tidak menuduh kepada mana-mana pihak jika kena pada batang hidung anda adalah padam muka. :P. Sebenarnya umat Islam kena berkiasan macam itu baru mereka sedar apa mereka lakukan itu tidak betul dan menyalahi  agama Islam sendiri.


Kepada semua follower jika Naim ada membuat kesalahan sila-sila tegur Naim yer. Oleh itu, Naim nak ucapkan terima kasih kepada pengomen setia iaitu akak Yatie Awang dan Kak Jue
kerana selalu datang ke blog Naim ini. Mai naim cerita sedikit cam mana pengenalan mereka ini telah menjadi satu persahabatan di alam maya. Alhamduillah. beberapa bulan lalu naim menyertai forum iaitu Syoknyer Bloogging. Di situ, banyak para blogger berkumpul daripada blogger dari blogspot, wordpress sampai ada domain sendiri. Di sana bukan sahaja sembang kosong tetapi banyak ilmu dapat cam mana nak ringankan blog yang terlalu berat, pasang iklan nuffnang,shoutbox dan banyak lagi. Selepas itu Naim berkenalan dengan kak Yatie Awang, Kak Jue, Bro Wafiy, Sis Amni [sis kalo silap taip sory ye].Sejak itu blog Naim berseri dengan kedatangan komentar tegar.

Dalam blog kak Yatie Awang , adalah penulisan macam kekeluargaan, sebab akak Yatie sudah berkahwin , rasa Naim , banyak ilmu dapat di sana.sape2 nak nak melawat sila gi ke sini http://watieawang.blogspot.com/.Manakala Kak Jue seorang akak yang sangat sporting giler. haha :P di dalam blog akak Jue adalah bersifat peribadi dan open mind banyak. Sape-sape nak berkawan dengan kak Jue silalah ke blog akak di sini  http://jueabdrahman.blogspot.com/.Terima Kasih sebab sudi berkawan dengan Naim. Kepada follower jangan berkecil hati walaupun Naim tak sebut nama kalian , kalian tetap kawan naim .. hehe. Kak Jue dan kak Yatie bukan nak bodek tau. hehe

Ok.. Naim nak sentuh sedikit pasal isu semasa yang berlaku di Malaysia.Terjun sungai kerana takut di tangkap kerana berjudi? apakah itu? di bulan berkat ini kalian berjudi? mati hampa adakah syahid? erm. Malas nak cakap apa-apa lagi. Yang lain , kalian amik iktibar ye. Ok.. Satgi Naim nak post lagi entry. Stay tuned. hehe
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. eh, ye ke akak sporting.. hakhak. tq naim.. :)

    BalasPadam
  2. ooo...bukan bodek ek, habis apa hahaha....

    apa2 pun mekasih sebab naim juga selalu sport akak...

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS