pengikut pemudattbc

Jumaat, 30 September 2011

Pagi Jumaat-Masih Ada Sinar Lagi?

Setiap pagi
akan menyinar sang mentari pagi
manusia akan keluar dan balik
setiap hari

kehidupan manusia persis roda
namun durjana masih bermahajela di luar sana


Aku melihat geng aku
masih lalai dengan acuan budaya barat
terperangkap di antara dosa dan pahala
sang syaitan berkerja keras
menumpaskan batalion remaja masih mentah
di dunia sekarang

Seminggu telah berlalu
Penghulu hari telah datang
setiap hari remaja terus berpesta

Air hitam terus dinikmati
seks dan pergaulan bebas
adalah adab 
dan 
lumrah biasa kepada mereka

Sang pemimpin negara 
tak rasa apa-apa
kerana pangkat dan kemewahan mereka
telah menyelimuti tubuh mereka

Perkara maksiat adalah
remeh semata sahaja
mereka lebih fikirkan kronisme sahaja..

akhlak dan amanah
persis air yang mengalir
di longkang busuk dan berbau sahaja
begitu manusia akhir zaman..

Sang pejuang 
keamanan terus berjuang
para ulama di kecam setiap masa
kata-kata mereka dipalsukan
oleh media dan propaganda kerajaan dunia

Perlukan revolusi Mesir
datang Malaysia!!

Perlukan peluru dan senjata api
penamat segala kekejaman!!

Jangan!!!
Anak kecil masih meratapi kesedihan........
 Kemerdekaan 54 tahun terus diraikan
roh islam masih di tempat lama
kenapa tidak diperbaharui jua
Hari Jumaat hari kemuliaan..
Pakat Berdoa...

Semoga perkara tidak baik akan nyah daripada Malaysia
Insha Allah..

Bersegera lah BANGUN...


Puisi bertema Bebas.. ada menyentuh politik, permasalahan remaja2..

2 comments:

LadyBird berkata... [Reply to comment]

Salam Naim..
tadi naim suh komen kan?

Naim boleh edit sikit supaya lebih padat dan ringkas..

isinya jelas.. cuma penggunaan bilah-bilah kata itu perlu diperkemaskan lagi..

(sorry komen mcm editor lak, sorry terbawak2 ke sini)

pengemis Cinta~ berkata... [Reply to comment]

ayuh.bangkit!

Entry Paling Best

--------------