pengikut pemudattbc

Isnin, 10 Oktober 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita

** Idea selalu keluar time malam ek..

Salam alaik dan selamat malam kepada semua.Apa khabar anda semua, Terima Kasih semua.Akhir-akhir ini Naim macam ketandusan idea. Cemburu melihat rakan blogger selalu update entry menarik walhal entry copy paste ja.Oppss.. heeh

Malam ini sekali lagi Naim bawa mood muahasabah diri.Naim bukan jenis motivator sebenarnya, tetapi hanya memberi kesedaran dan peringatan bersama-sama.Ingat tak lagu Bukan Kerna Nama ada satu rangkap lirik yang bermaksud

"Aku menulis bukan kerana Nama, kerna sifat kasih". 

Entry malam ini bukan nak ulas lirik lagu, cuma nak ulas satu rancangan di TV HIJRAH.Siapa ada Astro pasti ada Channel HIJRAH. Naim nak memperkenalkan satu Rancangan Law Kan Baynana(Andai Rasullullah Bersama Kita)


Bersiaran pada hari Ahad pukul 9malam. Channel berapa bro? Channel 114. Pada siapa tak ada Astro. Boleh cari di Youtube. Banyak Hamba Allah yang upload. Alhamduillah. 


Naim nak kupas sedikit rancangan ini kerana memaparkan bagaimana Umat islam mengamalkan Sunnah-Sunnah Rasullullah. Rancangan sangat bagus untuk tontonan keluarga. Naim berharap sangat, kepada yang ada astro wajib tonton rancangan ini. Kita naikkan ranking channel ini. Jatuhkan segala rancangan lagha di mata kita dan pandangan Islam. Sekarang umat Islam sudah jauh daripada Sunnah-Sunnah Rasullullah. Lihat bagaimana musuh-musuh Islam merosakkan sunnah-sunnah Baginda Rasullullah SAW..


Sebagai permulaan. Jom tonton video ini. Ingatlah Wahai Muhammad SAW. ketika Rasullullah sedang tenat. Di mulut nya terkeluar perkataaan Ummati, Ummati,Ummati sebanyak 3 kali.. 


Zahirlah kecintaan kita kepada Rasullullah SAW.. 



4 comments:

aniki berkata... [Reply to comment]

aku teringin nak mimpi jumpak nabi..

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

akak pernah tengok, tapi tak selalu..ada je kerja yg nak dibuat time tu

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

suke program niii =]
cam porgram GPS iman kat tb 3 pon bes!

sue perbs.. berkata... [Reply to comment]

tk prnah tngk citer tu.. Rasulullah saw memg pemimpin terunggul

Entry Paling Best

--------------