pengikut pemudattbc

Ahad, 23 Oktober 2011

Buat Amalan Kerana Allah Atau Manusia?

Salam alaik dan selamat pagi sahabat-sahabat ku.Pagi ini nak sambung entry yang kelmarin yang bertajuk Paling Mahal .Semoga entry itu memberi sedikit pengajaran kepada kita tentang erti IKHLAS yang akan memberi kesan kepada diri kita. Insha Allah.

Kelmarin ustaz ada menerangkan amalan yang kita buat kerana akhirat atau dunia semata-mata.Mari kita lihat.

1)Amalan Akhirat -Kita bangun solat malam untuk mendapat pahala dan keredhaan Allah.
2)Amalan Dunia- Kita solat tetapi nak menunjuk dekat orang ramai dia sedang tengah solat.Dengan hati berkata

"Mesti depa dok tengok aku sembahyang"

Maka sifat riak akan hadir. Ia tak baik kepada diri kita.

3)Tinggal amalan kerana manusia
Kita nak solat tiba-tiba ada sahabat datang ziarah ke rumah kita.Kalau kita teruskan solat takut sahabat yang datang ke rumah kita apa pula. Malah dia tinggal solat sat nak layan sahabat yang ziarah ini.Oleh itu,lebih baik kita lawan sifat riak ini,kerana ia hasutan syaitan. Lebih dahulukan solat. Kerana ia perkara wajib yang perlu didahulukan..

Mari kita bermuahasabah diri sekejap. Selama ini kita buat amalan kerana siapa adakah sama Allah . ALhamduillah. Jika kerana manusia.sila ubah segera. Semoga amalan kita akan terus di terima oleh Allah..

2 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata... [Reply to comment]

takut riak lepas tu jadi munafik pulak.. minta jauh...

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

lillahi Ta'ala =]

Entry Paling Best

--------------