Datang Secara Asing dan Kembali Secara Asing

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 14, 2011
Entry ini di copy di dalam satu forum Ilmiah. Semoga manfaat kepada semua.. Terutama Umat Islam. Insha Allah.

=============================
Hadith diriwayatkan oleh ABu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim.
"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"

Hadith ini menyebut al-ghuraba. Ghuraba secara bebasnya kalau diterjemahkan maksud dagang. Tetapi ia bukan merujuk perdagangan spt yg kita faham.

Al-Ghuraba dlm hadith itu boleh membawa maksud beberapa erti. tetapi maksud yg sahihnya ialah asing, janggal, pelik.

Dari segi istilah, ia membawa maksud berikut:
1. Al-Ladzina yuslihuuna idzaa fasada an-nas (orang-orang yang berbuat kebajikan ketika manusia rosak)

Lafadz ini ada pada hadits Abdillah bin Mas'ud dengan sanad periwayatan yang shahih, hadits Abi Hurairah dengan sanad periwayatan yang ada padanya Bakr bin Saliim ASh-Showaaf dan beliau perawi yang lemah akan tetapi masih mu'tabar dan dari jalan beliau juga dalam hadits Shal bin Saad As-Saa'idiy, hadith Abdurrahman bin Sannah dengan sanad yang ada padanya Ishaaq bin Abdillah bin Abi Farwah dan beliau ini matruk, hadits Saad bin Abi Waqqaash dengan sanad periwayatan yang sahih dan dalam hadith mursal Yahya bin Said dengan sanad periwayatan yang lemah, dengan demikian nampaklah bahawa lafaz hadith ini shahih dan masyhur.

2. An-naasun shalihuuna fii unaasi suu'i kastirin man ya'shi'him aktsaru mimman yuthii'uhu (orang-orang soleh di antara banyaknya orang-orang yang buruk, orang yang menyelisihi mereka lebih banyak dari yang mentaatinya)

Lafaz tambahan dari hadith tersebut ada pada hadith Abdillah bin Amr bin Al-Ash dari riwayatnya shahih. Sedangkan As-Subkiy telah melakukan kesalahan karena menyebutkannya pada bab yang berisi kumpulan hadith-hadith yang tidak ada asalnya dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam tulisan beliau tentang biografi Abu Hamid Al-Ghozaliy dalam kitab Thabaqaatusy Syafi'iyah 4/145 dan ini merupakan kesalahan yang besar apalagi hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dam Musnadnya.

kesimpulannya: ia merujuk betapa dulu Islam asing di pandangan masyarakat arab dan tidak diambil peduli. Dan ia akan kembali menjadi seperti. Oleh itu, berbahagialah org mencari Islam, org yg menerima Islam, mengamalkan Islam spt mana zaman sabiqun awwalun. Ramainya yg menentang mereka, Bilal disiksa. Khabab bin Alarat dipanggang. Sumayyah dan Yaseer terbunuh. Khabar gembira buat mereka. Dan zaman itu akan kembali. Islam di pinggir. Org yg mengamalkan islam dikatakan kolot. 

Wallahualam

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. entry ni bagus, cuma bahasa nya agak mendalam, cuba buat bahasa senang nak faham so boleh menarik minat orang muda. Pendekatan ni byk caranya.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS