Kekasih Yang Di Rindui

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 30, 2011
Assalamualaikum. Malam ini naim nak karang satu puisi kepada semua. Kepada sahaberaat-sahabat ku. Di dalam sehari berapa anda berselawat kepada Baginda Rasullullah SAW. 10 Kali, 50 kali 100 kali atau 1000 kali. Atau tidak pernah berselawat di dalam sehari ? Malunya kita. Kita mahu bersama Baginda tetapi tak pernah berselawat kepada nya. Kita kata merindui pada Baginda namun tak berselawat.

Di malam ini 
Aku duduk seketika 
mengenang dikau
wahai kekasihku
Ya Rasullullah

Di malam ini
aku masih belakang mu
masih merangkak
menuju mu
Rasullullah


Di wajah mu sangat berseri
lagi manisan senyuman 
melihat umat-umat mu
kelak

Di akhir zaman
banyak orang telah melupakan 
akan dirimu  
Ya Rasullullah

Andai dirimu
bersama-sama sekarang
nescaya tiada perkara kurang enak
di terjemaah di muka bumi ini

Tabah dan Cekal 
Diri Mu Menjadi
semangat kepada diriku
untuk mencontohi akhlak mu
Ya Rasullullah


Di malam ini masih sepi berteman gelap gelita
Pabila mulut ini basah mengucap tasbih selawat 
ke atas mu Rasullullah


Semoga akhirat kelak
Agar Engkau tidak melupakan hamba mu ini
Syafaatkan kami Ya Rasullullah
Kami cintamu Rasullullah
Kami Kasihmu Rasullullah
Kami Sayangmu Rasullullah
Tiada lebih baik daripada mu Rasullullah


Aku berharap di akhirat kelak
mahu duduk di sebelah Rasullullah
Di Syurga rumah tetap bagi orang beriman
Insha Allah.......................






SHARE 5 comments

Add your comment

  1. alhamdulillah dikurniakan nikmat kecintaan dan kerinduan buat Rasulullah saw.

    yuk tambahkan kecintaan pada baginda saw dengan menghayati riwayat hidup baginda saw!

    http://www.youtube.com/watch?v=eJJ4Y8Wcx8I

    BalasPadam
  2. insyaAllah..

    wahh naim makin rajin berpuisi.. gud2.. bole asah bakat :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah
    terkesan di hati

    Rasulullah
    kekasih sejati ya Allah =]

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS