Lembu Pun Lesap

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 11, 2011



Nak menjelang Hari Raya  Qurban.. Maka lembu pun dah lesap. Pagi tadi ada baca berita ini. Korang nak baca tak?

Jap2..

Sungai Pasir – Seorang penternak di sini, tidak menyangka akan mengalami kerugian berganda berikutan 10 lembu yang diternak di kandang dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Abd Rahman Ishak, 43, berkata, tiga lembu jantan, tiga betina dan empat lembu dara didapati hilang dari kandangnya yang terletak di belakang kuarters guru di sini minggu lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai dilakukan pada waktu malam dan hanya disedari keesokan hari ketika dia sedang bekerja setelah diberitahu rakannya.

“Akibat kehilangan 10 lembu, saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Hanya 10 ekor yang tinggal,” katanya.

Dia juga berkata, lembu yang diternak dijangka dijual menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

Berikutan kejadian, Abd Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kecurian itu dilakukan menggunakan taktik licik apabila pencuri bertindak berani menyuntik lembu dengan pelali sebelum mengalihkan lembu berkenaan.

“Saya tidak menyangka pencuri sanggup menggunakan perbuatan salah itu semata-mata untuk mencuri 10 lembu,”
katanya.

Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukannya di sekeliling kawasan kandang, dia menjumpai jarum suntikan pelali yang dikatakan digunakan untuk memudahkan mereka membawa lembu itu. -SH

====
 Kepada semua lebih berhati-hati jika nak beli lembu.. :)
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. teruk betul, kesian penternak tuh..

    akak pun risau gak sebab along akak ade ladang kambing, harap2 tak jadi camni, insyaAllah

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS