Paling Mahal

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 22, 2011
Salam. Apa habaq anda. Alhamduillah pagi ini dapat menghadiri diri kuliah agama. Bukan nak membangga diri. Cuma nak bagi tahu kalau jika berada satu jam kuliah kira seri 8jam kita bekerja.

Naim nak berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat semua. Di dalam kehidupan anda apa yang rasa paling mahal anda miliki?Adakah kereta mewah, motorsikal , kamera, isteri, suami mahupun rumah besar.Semua ini tak tepat . Ada paling mahal dan susah untuk di miliki.

Yang paling mahal iaitu IKHLAS.Ada tak di jual di hyper market, ada tak jual di tesco,mahupun pasar. Tidak ada. Kerana ia lahir di dalam jiwa kita.Nak timbulkan sifat ikhlas di dalam diri kita sangat payah.Oleh itu, nak dapatkan sifat ikhlas kena bermula dengan 'buat-buat ikhlas'. Bagaimana cara 'buat-buat ikhlas ini,pernah anda bersedekah? Pernah kan apa perasaan anda ketika bersedekah itu, ada perasaan riak?Pertama sekali, buang sifat riak di dalam diri kita agar kita tak akan ada perasaan tak baik ini. Insha Allah, sifat ikhlas akan hadir dengan sebaiknya.Maaf cakap, kita lihat sekarang jika ingin memberi sumbangan kepada rakyat dan warga miskin, cek besar di panggil media massa. Setiap detik gambar di ambil,muka tersenyum menanti wajah akan terpapar di dada akhbar keesokan harinya. Adakah itu IKHLAS di dalam memberi.jawapan nya tidak, kerana ia ingin habaq dia beri sumbangan kepada mereka.


Pada zaman Rasullullah, Naim tak pasti sama ada Rasullullah masa ada atau sudah wafat,Wallahulam. Ada di riwayatkan , ada seorang sahabat Nabi tiap-tiap malam dia akan pergi kedai di bandar.Lalu beliau ketuk pintu demi pintu lalu berkata


"Assalamualaikum"


"Walaikumsalam, kedai sudah tutup"


"Saya nak bayar hutang"


"Kedai buka"


Pabila pintu kedai dibuka, Alangkah terkejut tuan kedai melihat sahabat Nabi di muka pintu. Lalu tuan kedai berkata.


"Kamu tidak berhutang dengan saya"

Lalu sahabat Nabi berkata

"Aku datang hendak membayar hutang-hutang saudara kita yang berhutang dengan kamu.Dan jangan memberitahu siapa yang melunaskan hutang mereka"


Allahu akbar! Lihat betapa ikhlas sahabat Nabi menolong saudara seislam  yang di landa kesusahan.


Semoga entry memberi sedikit kesedaran kepada diri kita. Semoga manfaat. Insha Allah naim akan berkongsi intipati kuliah pagi tadi. Insha Allah


Wallahualam.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Subhanallah =]
    sungguh nilai ikhlas itu hanya Allah sahaja yg dpt tentukan kebenarannya..

    BalasPadam
  2. akak setuju, nmpk tak ikhlas bila ms menderma panggil media massa.

    memang ssh nk buang sifat riak, sbb kdg kita tak sedar sifat riak tu ade, kene berusaha sungguh2 utk buang sifat riak

    BalasPadam
  3. fuh..aku kaku tanpa kata..dasyat entry ni bro..terbaik ar..

    BalasPadam
  4. @aimie amalina

    Jom contohi tauladan daripada sahabat Nabi..

    Insha Allah.

    BalasPadam
  5. @Jue AbdRahman

    Ya akak. riak susah nak buang dalam diri kita, tapi boleh di elakkan. Jika istiqamah.

    Insha ALlah. :)

    BalasPadam
  6. @aniki

    Bro. Terima kasih..

    ini untuk aku gak , agar teruih ikhlas..

    insha Allah.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS