Seorang Gadis- Biarkan Atau Bimbing Mereka?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Oktober 04, 2011
Kes buang bayi, Rogol dan sebagainya sebagai perkara biasa di Malaysia ini.Setiap hari kita di hidang berita sebegini. Dimanakah silap nya sama ada ibubapa guru mahupun masyarakat amnya. Naim sebenarnya blur kes-kes sebegini. Setiap hari ada perkara tidak sihat.

Jika di bawa berita ini di dalam masyarakat , ia akan menjadi bahan umpatan semata-mata untuk menambah saham dosa. Sebenarnya  mereka tidak terfikir di mana cara nak mencegah perkara tidak baik ini terus menular di dalam masyarakat.

Banyak gadis yang sudah terlanjur adalah mereka yang kurang kasih sayang dan belaian daripada ibu bapa? betul tak? Ya. Kerana mereka anak yang masih meniti onak yang berduri.Ditambah persekitaran di luar sana yang agak mencabar. Mereka memerlukan perhatian daripada ibubapa mereka. Kekadang ibu bapa melepaskkan anak-anak mereka berkawan dengan kawan tidak berjenis akhlak. Dengan harapan tidak mengongkol kehidupan anak-anak mereka. Kalau anak mereka menimbulkan masalah. Mereka terus menyalahkan anak-anak mereka kerna telah mencontengkan arang ke muka mereka yang tulus suci. Padahal mereka yang abaikan anak-anak mereka. 

Itulah permaslahan yang terus dan makin hebat diperkatakan.Pabila mereka dihalau daripada keluarga mereka. Kehidupan mereka akan terabai. Dan lebih teruk mereka akan menjadi pelacur demi mencari sesuap makan. Sehari demi sehari cahaya di dalam kehidupan mereka akan terpadam. Kegelapan akan terus sebati dengan jiwa mereka. 

Persoalan nya kepada siapa yang patut kita persalahkan? yang sepatutnya diri sendiri.Kerana kita hanya berkata-kata.

Wahai wanita , di dalam diri anda ada aset paling mahal. Peliharanya. Jangan hancurkan aset anda . Kepada ibu bapa jaga anak-anak anda daripada terjebak lembah dosa. Tanggungjawab ini bukan kepada orang, tetapi pada diri anda sebenarnya.



Jika api boleh dipadamkan dengan air. Begitu mereka. Bimbinglah mereka kembali kepada agama yang sebenarnya. Segala program maksiat wajib dimatikan di dalam Malaysia ini. Segala yang sia-sia wajib ditutup. Wujudkan segala kebaikan. Insha Allah Malaysia akan kembali aman damai..
 

Yakin !! Insha Allah.~
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS