pengikut pemudattbc

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ustaz Kazim-Pembandingan Kerosakan





Salam alaik. Semalam berpeluang menghadirkan diri ke kuliah Ustaz Kazim. Lama ustaz tak mai kedah. Rasa seronok melihat kuliah ustaz kazim semalam. Rindu mutiara-mutiara kata daripada Ustaz.

Dalam kuliah semalam membincangkan pasal pembandingan kerosakan(kerosakan akidah)

Kerosakan akidah terbahagi kepada tiga perkara iaitu :-
1)Bentuk
2)Kesan- i)Kesan jangka pendek
             ii)Kesan jangka panjang
3)Bahaya

Ustaz juga memgupaskan perkara ini. Naim ambil beberap perkara sahaja.iaitu

1)Jangan Membahaya diri sendiri dan jangan memudarat orang lain.

2)Kerosakan cepat di perbaiki
 *contoh:Kita lihat masjid kita dok pi selalu ada tandas yang rosak, lebih baik kita tolong perbaikinya. Saya bukan pandai repair pon,kalau macam tu, bagi duit kat bendahari masjid.. 

3)Menghilangkan kerosakan dengan kerosakan baru.

4)Menjalankan dua kerosakan kecil daripada menimbulkan kerosakan besar

5)Kerosakan yang rendah dipertahankan.
-Dalam jemaah masjid mesti ada orang tak suka akan tok imam kerana bacaan tak berapa fasih.Lebih baik kita tengok kebaikan lain daripada melihat keburukan tok imam. :). Kalau tak boleh gak ,tolong tok imam itu


6)Gangguan yang khas,kena jaga daripada umum(kena cari punca masalah)
-Gangguan cam mana tu, contohnya depa kata kat Naim mencuri, lalu mereka pi ngadu kat pak naim. Lepaih tu pak naim pi pukul naim tanpa tanya dah..itu x berapa elok. Kena tanya dahulu sama ada ia benar ataupun fitnah kepada Naim..


Kuliah Ustaz semalam juga menyentuh bab menilai. Kalau nak menilai kena ada dua perkara. Apa dia ? iiaitu


1)Nafsu
2)Agama


Pada pendapat hampa la, mana lebih baik di dalam aspek menilai sama ada pada nafsu ataupun agama. Sebaiknya pilih agama. Kerana agama perkara utama . Kalau ada orang nak masuk meminang anak kita,kita kena menilai dengan perkara agama dulu. Jangan dok nilai dengan nafsu.Sebab orang melayu islam selalu menilai orang dengan nafsu. Depa lihat orang jadi menantu depa kena ada reta, gaji tinggi, lepaih tu tanya sembahyang tak? kalo rajin sembahyang , kalau tak.. tak sembahyang. Ada mak bapak tak amik kesan pasal agama. Mereka biarkan anak depa hanyut dengan laki tak bertanggung jawab.


Kalau mereka pilih agama. Insha Allah anak mereka akan bahagia di dunia hingga akhirat. Insha Allah.Itu sahaja, yang naim tulis semalam. Semoga ia manfaat kepada hampa semua. Kalau nak lihat video ceramah ustaz kazim ka? cari kat youtube. Ada kawan kita tak tahu siapa Ustaz Kazim nie.. ^_^ . Tu la sapa suruh tak mau pi ngaji.. hehe.. Ini naim bukan cakap kat hampa tau. ini orang kat afrika noh. hampa di Malaysia baik-baik belaka.Sampai kuliah depa rumah pon boleh lepas macam tu ja..



Wallahualam...

 p/s: ada bahasa (loghat kedah) dalam post ini Harap faham ya.

1 comments:

Niena Pengembara Ilahi berkata... [Reply to comment]

kalau menilai semata2 dgn nafsu tnpa agama...hmm,perkongsian yg baik :)

Entry Paling Best

--------------