pengikut pemudattbc

Ahad, 16 Oktober 2011

Ya Ummi

Selamat pagi semua. Apa khabar anda pada hari Ahad ini. Adakah lebih baik daripada semalam.Hari ini kita bermuahasabah  ya. Pada pagi ini. Naim nak tanya . Korang sayang tak ibu anda. Ibu anda masih sihat? Jika sudah meinggal dunia. Al-fatihah.Berapa kali anda pergi ziarah kubur Ibu anda. Jika tak, sudahkan anda berdoa kepada Ibu anda .

Bagaimana balasan anda kepada ibu anda? Akhir-akhir ini anak-anak macam tidak menghargai seorang ibu kepada diri mereka. Mereka menganggap ibu sebagai orang gaji mereka. Hanya perlu jika ada perkara sahaja.




Wahai saudara ku, mengapa engkau mengabaikan seorang yang pernah melahirkan engkau.Yang menjaga engkau semasa engkau sakit. Membelai engkau sebelum tidur.Adakah engkau sudah lupa?Jangan jadi melayu cepat lupa.

Bermula dari sekarang, jangan jadi anak yang derhaka.Bak pepatah syurga di bawah telapak kaki ibu. Jangan tunggu hari lebaran nak berminta maaf kepada ibu kita. Bermula hari ini kita bermohon keampunan dari ibu kita.

Ingatlah, di dalam dunia ini ada satu sahaja ibu kita. Tiada gantian tau. Jagalah mereka seperti mereka menjaga kita semasa kecil.

Naim berharap, Naim dapat membalas jasa ibu Naim. Walaupun tidak seperti pergorbanan besar ibu. Cukup sedikit sebagai mengerti pergorbanan IBU..


Wallahualam.



Entry Paling Best

--------------