Amalan Terbaik Di Bulan ZulHijjah

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 04, 2011
Assalamualaikum. Malam ini Naim nak sharing nota pasal  Amalan terbaik di bulan Zulhijjah. Semoga kita berebu t-rebut membuat amalan kepada Allah SWT. Insha Allah.

1)Menunaikan Haji dan Umrah yang merupakan sebaik-baik amalan
-Banyak hadis: yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya Sabda Nabi SAW: Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan dosa yang di lakukan antara keduanya dan haji yang baik diterima tiada baginya balasan melainkan Syurga.


2)Berpuasa Pada Hari Tersebut Atau Sekadar kemampuannya
- Terutama pada Hari Arafah-Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antra amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah SWT. Di dalam hadis qudsi :"Puasa ini adalah BagKU dan Akulah yang membalasinya, dia meinggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumnya semata-mata keranaKU".

Kita juga disunatkan berpuasa pada Hari Arafah kerana Rasullullah SAW bersabda: "Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun. Manakala puasa hari Arafah akan mengkafarahkan dosa dua tahun;Setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang ."

3)Bertakbir dan Berzikir  Pada Allah
-Pada bulan ini kita di galakkan bertakbir dan berzikir kepada Allah.

4)Bertaubat dan Meninggalkan Segala Maksiat dan Dosa
-Bermula sekarang kita berniat . Agar meninggalkan segala maksiat dan dosa yang selama ini kita kerjakan tanpa rasa takut. 

5)Memperbanyakkan Amalan Soleh(BAIK) tertutama amalan sunat
-Pada bulan ini kita di galakkan berpuasa sunat, bersedekah, membaca quran .Menyeru kepada masyarakat ke arah kebaikan meninggalkan segala keburukan.

6)Di Syariatkan Bertakbir pada beberapa hari yang mulia
-3 hari boleh bertakbir iaitu 10-13 Zulhijjah. Jom memuji kebesaran Allah.


7)Di Syariatkan amalan Qurban memyembelih Binatang Ternakan
-Pada hari tasyriq pada 11-13 Zulhijjah.


8)Penuhi hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah
-Berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.Dekatkan diri kepadaNYA semoga mendapat rahmat dan KeampunanNYA


Insha Allah


Begitu sedikit tazkirah .. Semoga manfaat kepada anda semua.. Wallahualam.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. bagus lah, ter cari cari juga info pasal bulan zulhijjah.. nasib baik datan sini..

    BalasPadam
  2. begitu banyak pahala yg boleh digarab semasa hari rya aidil adha ni kan =]

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS