Ayah! Jangan Pergi

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 06, 2011
Di malam ini, suasana sungguh tenang.Si Anak masih termenung melihat hujan yang lebat di luar sana. Si Ayah di dalam rumah sambil membaca surat akhbar untuk mengetahui isu-isu semasa.Ayah mula bersuara.


"Aisyah, mai masuk rumah lekas, Sat gi demam"-Seru ayah .


"Baik Ayah" sambut anak nya dengan nada manja.


Si Anak bangun di tangga lalu menutup pintu rumah mereka, sedang di luar hujan masih lebat lagi.Si Anak berjalan mendekati ayahnya sambil memegang anak patung pemberian ibunya. Ibunya telah meninggal dunia semasa melahirkan Aisyah.Mata Aisyah terus memandang ayahnya sambil berkata dengan nada rendah .n


"Ayah, Minggu depan kita raya Qurban kan ayah"mengaju persoalan kepada ayahnya.


"Ya Aisyah" sambut ayahnya.


Aisyah terus mendiam diri seketika sambil memikirkan persoalan yang memain di dalam kotak fikiran nya. Ada persoalan yang agar besar yang hendak di tanya kepada ayahnya.Namun ada perasaan takut menyelubungi Aisyah.Aisyah mengagahkan semangat untuk bertanya lagi kepada ayahnya.


"Ayah,Hari raya ini boleh Aisyah makan daging tak? Selama ini Aisyah tidak pernah menjamah daging." Satu persolan terus dituju kepada Ayahnya.


Ayah masih berdiam diri , tidak mampu nak menjawab persoalan yang di ajukan kepada dia. Namun senyuman terpaksa di pamerkan di wajah nya demi menjaga hati anaknya.Di dalam benak hati nya masih mencari jawapan yang tidak pasti memberi kepuasan kepada anaknya pada hari raya nanti.Namun dengan kepaksaan diri, beliau mengalas satu jawapan.


"Insha Allah Aisyah. Ayah akan cari daging untuk hari raya nanti. lekas pi tido esok kan nak sekolah" 


"Baik Ayah"-sambil senyum kepada ayahnya.


*******************************************************
Keesokan pagi.Si Ayah menyiapkan sarapan pagi iaitu roti telur[1].Aisyah yang sudah bersiap duduk di meja makan . Makan roti telur yang di masak oleh Ayah nya. Aisyah tidak pernah meminta makanan lain.Kerana Aisyah mengetahui kekesusahan yang di alami ayah dalam mencari rezeki kepada mereka berdua. Rezeki mereka seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Sebab itu, Aisyah tak pernah meminta makanan yang sedap-sedap di waktu pagi.

Selesai sarapan pagi.Ayahnya ambil basikal di luar rumah,dan aisyah duduk di belakang . Itulah kenderaan mereka pergi sekolah dan mencari  rezeki...

******************************************************
Sehari sebelum Hari Raya Qurban....

"Aisyah. Jaga rumah ya. Ayah nak keluar cari daging untuk esok"

"Baik Ayah"

Si Ayah mencapai basikal, lalu mengkayuh ke pasar yang terletak sekitar 4 km dari rumah mereka. Semasa di dalam perjalanan ke pasar. Fikiran si ayah sedang melayang-layang memikirkan nak membeli daging untuk anaknya sempena hari raya esok hari.Bagaimana nak beli daging dengan RM5? 

Secara tiba-tiba ada lori datang secara bertentangan . Lalu merempuh Ayah. Si Ayah cuma mengelak namun tak berdaya. kepala ayah terhantuk tiang elektrik. Berdarah lalu ayah jatuh tak sedar diri.Duit RM5 berterbangan lalu jatuh di sebelah ayah.Lori itu melarikan diri agar tidak ditangkap orang kampung.

Aisyah masih menunggu di muka pintu rumah, sampai menunggu ayah membawa pulang daging untuk menjadi santapan di hari raya esok. Namun berita sedih akan menjadi peneman diri Aisyah. Lalu datang pakcik Man sebelah rumah..

"Assalamaualaikum Aisyah "

"Walaikumsalam Pak Cik Man, Cari Ayah ke? Ayah tak ada "

Pakcik Man berasa serba salah hendak memberitahu tentang ayahnya yang telah meninggal dunia. Namun Pak Cik Man rasa tak sampai hati nak beritahu hal sebenarnya tetapi Pak Cik Man terus mendekati Aisyah lalu berkata.

"Aisyah. Pak cik nak bagitau sesuatu ini.Harap Aisyah bersabar ya" kata Pak Cik Man.

Perasaaan Aisyah sudah tidak sedap hati sekarang macam ada sesuatu menimpa ayah nya. Pelbagai imaginasi bermain di kotak fikiran Aisyah.

"Kenapa dengan Ayah, pakcik Man?"

"Ayah kamu kemalangan di simpang jalan tadi, dan beliau meninggal dunia"-Suara sebak tatkala melihat air mata Aisyah  mengalir.

"Tidak!!!! Pak cik Man tipu. Aisyah tak percaya!!"

Aisyah berlari untuk mencari ayahnya.Tetapi Pakcik Man sempat  memegang tangan Aisyah lalu mengusap kepala Aisyah.

******************************************************
Apa penamat nya? huhu. Pak Cik Man mengambil Aisyah sebagai anak angkat. Aisyah sekarang sudah berkerjaya besar. Namun kisah silam tak dapat di lupakan. Pabila tiba Hari Raya Qurban , pasti air mata akan mengalir tatkala mendengar alunan takbir raya yang berkemundangan di udara. 




Yang Pasti pergorbanan seorang ayah terhadap anaknya sangat berharga. Adakah kita masih menghormati ayah kita?


Wallahualam





nota kaki
[1] Roti yang di celur dengan telur..

SHARE 8 comments

Add your comment

  1. best citer ni,,,

    itulah pengorbanan ayah dalam membesarkan kita, mencari rezeki dalam hujan, panas, siang, malam..hargailah pengorbanannya

    BalasPadam
  2. sedihnya....teringat plak kt ayah...snggup buat apa sja utk anak..

    BalasPadam
  3. wah..sayu membace nye...

    lg sayu..knp aisyah?
    hee..

    slmt ary raya k0rban ye...:D

    BalasPadam
  4. innalillahiwainnailaihirojiuunnn...
    sedihnye kisah ni naim :(

    selamat hari raya aidiladha

    BalasPadam
  5. rindu kat ayah yg sedang menjalani

    ibadat di Tanah Suci Mekah..

    p/s : penulis baru kita..Naim..huhu!

    BalasPadam
  6. sedihnya,,, ni kisah benar ke.. Pak Man baik kerana sanggup menjaga Aisyah. sedih.. teringat cerekarama tu, suami dia pinjam duit sebab nak beli langsir baru (mak mentua paksa) tapi balik tu ada duit lebih beli kepak ayam kat bazaar ramdhan, pastu kene langgar. Isteri tunggu je kat tangga, bla dapat tau suami dia mati, dia sedih sampai tarik carut semua langsir. DIa bengang dengan mak dia paksa suami dia buat macam macam.

    BalasPadam
  7. huhuhuhuhuuuuuu~
    sedeihnya baca... :'(

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS