Jangan Bersedih Sahabat Ku

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 30, 2011
Assalamualaikum dan kawan-kawan semua. Apa habaq anda malam ini.Malam ini terdetik nak menulis entry ini. Kak Jue.. ini entri semangat kepada diri akak.Insha Allah.

Siapa tidak merasai kesedihan, yang melanda kepada diri mereka , sedang ia tahu betapa perit menghadapi sisa duka itu bersama-sama diri mereka.Mereka telan juga perit duka itu selama-lamanya.

Ada manusia akan tenang jika mereka meminum arak.Mereka fikir arak adalah alat penenang jiwa dan bisa melupakan masalah yang di hadapi mereka. Ia akan hilang sekejap sahaja jika ia masih berkhayal.Pabila ia sedar  pasti masalah akan kembali juga.

Agama Islam telah mengajar beberapa cara untuk bertenang dan jangan bersedih kepada mereka yang duduk bersedih.Pertama sekali , fikirkan ia sesuatu anugerah daripada Allah kepada diri kita.Anugerah yang tak ternilai daripada Allah untuk melihat ketahanan jiwa kita menghadapi ujian daripada Allah.

Di dalam sepotong ayat Quran :-
"............supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (A-li'Imraan 3:153)"

Yang kedua, banyakkan istighfar kepada Allah dan berzikir kepada Allah supaya hati akan menjadi tenang. Banyakkan selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW. Insha Allah,pasti berjaya.

Sebelum berakhir entri, Naim sertakan video ini semoga ia memberi kesan kepada diri kalian. Insha Allah..


ps: kak Jue, La Tahzan..

Wallahualam

SHARE 5 comments

Add your comment

  1. terima kasih naim.. akak bc entry ni sambil nangis2.. terharu sgt..

    insyaAllah akak akan kuat, akak akan cuba sedaya upaya nak bersemngat blk..

    tq again naim :)

    BalasPadam
  2. Betul kak.. semua org akan lalui sedoh tp siapa suka sedih...
    tiap kali sedih.. saya akan menangis...
    hmmm....
    singgah2 jap di sini..
    sambail baca entry sambil view iklan..
    sama2 tambah tabung.

    BalasPadam
  3. la tahzan innallaha ma'ana :)

    Assalamualikum, cuma nak cakap sikit tentang video ni. memang bagus, cuma ragu-ragu dgn ustaz(bekas mufti perlis) ni. sebabnya dulu pernah keluar isu yg dia ni wahabi. tp saya taktau kebenarannya. kakak sye skrg belajar di perlis, dia pun ada ckp pasal benda ni. sye pernah tnjuk video ni dekat dia, dia kata kalau dengar video dia yg lain2 kena tapis dulu. wallahualam.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS