pengikut pemudattbc

Isnin, 21 November 2011

Kita Adalah Hamba

Kita adalah hamba kepada Allah
mengharap kurniaan daripada-Nya
segala nikmat 
akan di syukuri oleh kita

sering kali alpa dengan nikmat
sehingga lupa sang pencipta
pabila dikaburi dengan nikmat sementara
 
Pangkat, harta dan wang ringgit
di sekeling  mereka
suka lupa kiblat yang satu itu


Fitrah manusia rasa tak mencukupi
pemberian daripada Allah kepada diri mereka
mereka akan terus mencari harta
sudah lupa halal dan haram
asal mereka akan kaya


tatkala qada dan qadar
menentukan segala yang ada 
akan hilang sekelip mata
mereka kembali seperti dahulu
yang kosong dengan harta


Di waktu itu
baru mereka tercari-cari sejadah
untuk sujud kepada-NYA
adakah itu satu lakonan kali kedua
untuk meraih kekenyangan harta


sungguh mereka lupa....


semoga pintu pengampun
akan terbuka lagi kepada mereka..





Wallahualam..


semoga mengambil pengajaran.

3 comments:

fierul berkata... [Reply to comment]

biasa la manusia mudah lupa pada pciptanya .

Nuraini An-Nisa' berkata... [Reply to comment]

Semoga diri nie dan dirimu sentiasa mengingatiNya selalu... aminnn...
Nice entry... =)

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

kita harus bersyukur dengan apa yang ada

Entry Paling Best

--------------