pengikut pemudattbc

Khamis, 3 November 2011

Nikmat

Nikmat? Apa korang faham erti Nikmat?Ingat tak pada bulan Ramadhan yang lepas kita melaksanakan ibadah puasa. Yang kita berpuasa selepas sahur sehingga waktu maghrib. Pabila azan berkemundang. Kita minum air dan makan, apa yang anda rasa? Nikmat kan.

Ok. Berbalik pada tajuk. pada minggu lepas Naim ikut majlis ilmu Ustaz kazim yang berkisar orang-orang yang menerima hidayah. Ustaz juga sentuh pasal nikmat.Pada kuliah itu, ustaz telah menyenaraikan beberapa nikmat yang wajar kita fahami.

Yang pertama iaitu Nikmat Hidup.Banyak manusia tidak syukuri nikmat hidup. Banyak orang mati di dunia. Kerana terlibat dengan najis dadah. Betul tak sahabat-sahabat.Jika orang itu gunakkan nikmat hidup dia akan rasa tenang sahaja. Nak pi mana pun boleh.


Yang Kedua iaitu Nikmat Qudrat.Ini salah satu nikmat yang selalu manusia abaikan. Mereka sihat tubuh badan, tetapi malas nak kerjakan amalan kepada Allah. Lihat orang muda kuat dan sihat kurang beribadah . Pabila waktu dan senja baru terkejar nak buat amalan. Masih sempatkan lagi?


Yang Ketiga nikmat Berfikir dan Berbicara. Berapa ramai yang guna nikmat ini tak beberapa betul.Banyak orang berfikir dan bicara benda lucah dan benda lagha semata-mata demi memuaskan nafsu mereka. Mereka lebih suka macam itu daripada perkara  yang manfaat. Nak salahkan siapa ek? .Kan lebih elok berfikir yang sesuatu yang manfaat, macam mana nak menolong saudara kita yang kesusahan atau ada masalah. 


Dan lagi satu, ia juga ada hubung kait juga. Jangan sebut letih atau penat . Kekadang kita selalu perkara ibadah selalu merungut. Asal buat sedikit dan mengata.Oleh itu jangan kita merungut sahaja dan berfikir positif kerana kita buat ini hanya kepada Allah  dan fikirkan nak menangkan agama kita iaitu Agama Islam. Insha Allah.


Cam mana semua? dah faham , sekarang amalkan kepada diri anda. Semoga manfaat. 


Wallahualam

 

1 comments:

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

betul tu naim, kita banyak tak mensyukuri nikmat yang ada dan diberikan pada kita..naikmat waktu senang apatah lagi nikmat waktu sakit...

InsyaAllah nanti kita sama2 amalkan...Amin

Entry Paling Best

--------------