pengikut pemudattbc

Rabu, 2 November 2011

Soalan Yang Pasti

Di keheningan malam
suasana gelap gelita
ibarat kita di dalam kubur
berteman kain kapan
yang berlapis 
demi menutup anggota

Pabila datang malaikat
kepada jasad ini
apakah jawapan 
hendak kita jawapakan......................................

So? Jom Tingkat Amalan kita.Blogging juga. Suruhan Allah jangan di abaikan.Insha Allah.Sat lagi tulis pakat terasa pulak. Cuba korang fikir kan. apa ustaz cakap di dalam masjlis ilmu, mereka mengata kita kan. kenapa kita terasa sangat. Adakah kita terkurang di dalam ibadah kepada tuhan kita. So upgrade kan amalan kita. Blog kita mampu kita cantikkan dengan pelbagai widget dan plugin demi menarik kedatangan follower dan komentar.

Ibadah kepada Allah macam itu gak. Bukan kena buat blog kepada Allah. Bukan la. macam solat fadhu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Bukan ambil yang fadhu sahaja. Yang sunat-sunat pun kita kena buat gak.Baru upgrade bekalan kita untuk akhirat sana.

Kita syok laungkan Free Palestine.Bebaskan Bumi Aqsa dari ancaman Israel,go to hell macam-macam sepanduk. Tetapi produk mereka hampa dok support lagi. HUHU

Macam sedekah, sedekah rm1 pon dah memadai jika hampa tak duit gak. Tak kira lelaki atau perempuan.Kalau tak ada duit pon. ada cara lain untuk sedekah iaitu korang  nampak benda mengganggu  di atas jalan macam paku, duri dan sebagainya. Korang alihkan benda itu ketepi demi keselamatan orang ramai itu pon dikira sedekah juga. Betul ka bro? Yes la bro. 

Oleh itu, Naim sarankan kepada sahabat-sahabat semua.Tidak salah korang nak kejar follower . Kerana itu fitrah seorang blogger. Naim akui naim kejar juga follower, tetapi sedih follower ramai tidak memberi dokongan padu kepada Penulisan naim, tetapi komentar setia tetap menemani blog ini. Naim hargainya. Lepas ini kejar follower kejar pahala. Buat satu moto@ slogan.


Kejar Follower Kejar Pahala! Adakah sape nak buat contest macam ini? Amacam berani tak. Silap-silap hari bulan tak ada siapa mahu join.Sebab tajuk berkiasan 'Agama'. Sedih Naim macam bergelen air mata . Kerana ramai remaja masih tak mahu dekati agama. Mereka kata agama untuk datuk,nenek dan orang pencen sahaja. Kami umur masih muda,nak puaskan hidup dulu.

Korang tak rasa malaikat maut , amik nyawa anda ketika tua sahaja? Tidak sekali.. Malaikat maut bila-bila masa akan mengambil nyawa kita. Oleh itu,kembali kepada kebenaran .Naim bebelkan naim sayang sahabat-sahabat blogger semua. 

Akhir sekali, Siapa terasa cabai kering ini, ambil yang benar , semoga terdidik iman kita. Insha Allah. Yang Baik daripada Allah dan buruk dan silap datang dari Naim sendiri.


Wallahualam


2 comments:

Nuraini An-Nisa' berkata... [Reply to comment]

Salam...
tak kira bz cari follower ke apa ke, tanggungjawab kepada Allah SWT xboleh abaikan...
Terima kasih atas kata2 nasihat...
Semoga Allah sentiasa merahmatimu... =)

LadyBird berkata... [Reply to comment]

Salam Naim.. semoga istiqomah.. ramai jer anak muda zaman kita yang dahagakan ilmu.. teruskan menulis.. semoga ada barkah di sebaliknya tanpa kita tahu..

Entry Paling Best

--------------