Waktu Ini Adalah Pagi Jumaat

in , by Muhammad Naim Abdullah, November 11, 2011
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Rasa sekejap sahaja kita menyambut perayaan kedua kita iaitu Hari Raya Aidul Adha.Ketika anda menyambut Aidul Adha apa perasaan anda kepada diri anda dan sekitar masyarakat anda. Apa yang anda tahu erti pergorbanan?

Setiap manusia yang hidup ini ada pergorbanan juga. Ia masih samar-samar di dalam fikiran kita, kerana kita lebih mencari perkara dunia sehingga tidak memikirkan kebesaran Allah ciptakan. Contohnya pabila tarikh 12, 13, 14 bulan islam. Bulan akan terang menerang di langit malam memberi cahaya. Pernah anda fikirkan bagaimana bulan boleh bercahaya seperti matahari itu. Itulah kebesaran Allah yang tidak ada tandingi oleh benda lain.


Berbalik pada pergorbanan setiap manusia,apakah yang harus kita lakukan kepada diri kita, ibu bapa kita, masyarakat dan agama kita. Banyak daripada kita lebih korbankan duit demi menjaga kecantikan diri semata-mata tidak mahu kelihatan seperti tua, di tambah dengan alat solek yang menghairah demi mendapat perhatian orang. Boleh ker? sebenarnya mereka tidak sedar mereka telah terhasut dengan hasutan syaitan.

Jika duit itu, di korban kepada jalan Allah, nescaya banyak faedah dan pahala yang kita akan datang, jika tak di dunia, di akhirat kelak. Insha Allah.

Banyak sahabat kita di timpa masalah , seperti putus cinta, di mana selaku rakan baik membantu ia menyelesaikan masalah ini.


Dengan berkat penghulu segala hari, mari kita dekatkan diri kepada Allah. Kerana hari jumaat adalah hari istimewa kepada orang Islam. Banyak masyarakat Islam tidak tahu mengambil peluang hari jumaat ini.Jika hari jumaat, orang lelaki di wajibkan solat Jumaat di masjid, di sunatkan berwangian dan berpakaian terbaik.Di galakkan datang awal untuk membca al-quran tak pun mendengar tazkirah sebelum solat, dan digalakan berjalan kaki ke masjid demi mengharap pahala  daripada Allah.

Kalau rumah 6km daripada masjid kena berjalan kaki ke? Kalau rasa larat dan bertenaga , di persilakan, tidak ada masalah. Sebenarnya kalau rumah jauh daripada masjid nak rasa dapatkan pahala itu, cari parking kereta yang jauh sedikit dengan masjid boleh la mendapat pahala macam itu.

Itu kan lebih senang,tetapi banyak orang tidak ambil kisah.Namun kaum perempuan kata , seronok la depa leh dapat pahala, kami tak dak pun?Sebenarnya kaum perempuan pun boleh dapat pahala macam kaum lelaki gak. Siapa yang bergelar isteri, sila masak kepada suami anda, selepas solat jumaat boleh suami anda dapat makan.Sebenarnya ia pahala paling besar yang Allah bagi dekat kaum wanita. Namun ada segelintir cakap, dah memang selalu dok masak bukan hari ni ja?


Sebenarnya perempuan ini ada masalah, ada masalah dalaman yang tidak pernah berubat iaitu sakit tidak bersyukur? Maaf bukan  nak hina wanita, itulah fitrah wanita. Mereka buat kerja tetapi mulut mereka masih dok berleter. Betul tak kaum wanita. 


Rasa panjang lebar Naim tulis pada hari jumaat ini. Yang mana baik boleh di amalkan yang mana kurang enak usah di pedulikan,kerana setiap penulisan hamba Allah ada kelemahan nya.Kepada rakan-rakan blogger dan follower sekian.Kita sebagai blogger muslim, kita juga pendakwah juga. Mari kita sebarkan sepatah ayat Allah. Jom kejar pahala tinggal dosa-dosa. Tidak salah anda menjoinkan diri anda sertai segmen-segmen. Kerana ia dapat rapatkan silatulrahim di antara kita. 


Apa lebih baik kita menulis sesuatu yang menarik orang dekati kepada agama. Akhir-akhir ini banyak orang mengaku Islam tetapi masih memakai pakaian barat. Apa dia Naim? korang fikirkan lain. Naim ada tulis sebelum ini,Naim nak cakap sedikit yang buat segmen-segmen ini, jika kita buat segmen ini , kita kena fikir apa tajuk yang sesuai dengan persekitaran kita, cita rasa, ada menyinggung perasaan di antara agama tak. Baru-baru ini naim terlihat ada segmen " Aku Blogger Gila". Tajuk sudah gempak, tetapi korang tak rasa  ke itu seolah-olah kepada diri anda. setiap hari orang lawat blog anda dan baca tajuk itu. Hari ini 4 orang baca, kalau satu minggu.Sudah berapa?


Naim cuma nasihat sahaja,kalau hampa nak tak mau amik kisah tidak apa, fikir-fikirkan ye..


wallahualam

 
SHARE 6 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS