pengikut pemudattbc

Selasa, 6 Disember 2011

Doa Diberi Pemimpin Yang Soleh

Assalamualaikum kawan-kawan. Malam ini naim akan berkongsi satu doa kepada kawan-kawan semua. Semoga kalian mendapat manfaat, Insha Allah.Lepas ini naim akan tag sebagai do'a supaya memudahkan pencarian anda di dalam blog ini.Banyak manusia suka akan berdoa kepada Allah swt. Adakah kita berdoa mengharap balasan yang setimpal daripada Allah?Kekadang kita berdoa setelah berputus asa dengan usaha manusia.

Ustaz ada cakap di dalam satu vcd satu kuliah beliau, manusia suka berharap kepada doktor supaya doktor dapat sembuhkan penyakit yang di dapati oleh anaknya.Ustaz azhar cakap kalau macam itu,dikira dosa(sila rujuk ustad, takot ada silap fakta).Kerana melebihi kekuatan dan pengharapan kepada Allah.

Berbalik pada tajuk entri ini. Siapa tak mahu pemimpin yang soleh dan amanah di dalam melakukan perkerjaan yang di namakan pemimpin kepada negara dan rakyatnya.Sentiasa bersama-sama rakyat untuk mendengar permasalahan yang di alami oleh rakyat beliau.


Jika kita memilih pemimpin yang tidak taat kepada Agamanya dan Allah , nescaya tempoh pemerintah di di timpa pelbagai masalah di dalam dunia. Kita lihat sahaja pemimpin diktator di guling oleh rakyat mereka kerana di rasakan pemimpin seperti itu tak layak di gelarkan sebagai pemimpin kepada rakyat.

Di dalam tempoh pemerintahnya , beliau lebih kepada kronisme sahaja.Payah nak utarakan pendapat di dalam entri ini, kerana banyak akan terasa hati pabila ia melibatkan beberapa parti di tanah air Malaysia contohnya.Sebagai rakyat, korang pasti ada akal yang waras untuk berfikir.Baru-baru ini ada perhimpunan sebuah parti di malaysia, bukan main lantang bersuara menabur fitnah kepada satu parti lain di rasakan sesat oleh mereka.Naim malas nak ulas perkara itu.Jika benar parti yang kamu katakan sesat itu. Sila berhujah sebagai cerdik pandai .Jangan berhujah seperti orang gila.

Baiklah. Doa mendapat pemimpin yang soleh iaitu :-





"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah 2:129)

Amalkan . 

Wallahualam

1 comments:

Alan Rizque berkata... [Reply to comment]

Bagus jugak..walaupun kita tak terlibat secara lansung dengan politik tetapi sekurang-kurangnya kita kena berdoa dan mengharap dengan Allah.

Entry Paling Best

--------------