Gerhana Bulan Esok Hari

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 09, 2011

Gerhana Bulan Penuh Mulai 7.34 Malam Esok
KUALA LUMPUR – Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.
Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
“Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi.
Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.
Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.
– BERNAMA-

SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS