pengikut pemudattbc

Khamis, 15 Disember 2011

Kenduri Zaman Sekarang -Dahulu Cam Mana?

Assalamualaikum,cuti sekolah sudah sampai kemuncak nya kerana hampir kepada penghujung tahun 2011.Apakah ini menjadi satu trend kepada sahabat-sahabat untuk membuat kenduri kawin di musim kenduri.

 Berbalik pada tajuk entri . Kalau dahulu masa musim kenduri kahwin.Naim ambil contoh kampung naim iaitu titi besi pada beberapa tahun kebelakang ini. Kalau kenduri hari Sabtu kan. Hari jumaat akan datang kaum hawa dan para bapa ke rumah kenduri hendak pasang khemah dan sebagainya. Pada hari ini masih di teruskan.Tambah pula, ada golongan muda yang masih di belakang orang -orang tua.


Naim hendak tahu sama ada sikap gotong royong masih berjalan di bandar-bandar besar terutama di negeri Kuala Lumpur dan Selangor?Kerana di kedah di setempat tempat masih mengamalkan sikap tolong-menolong. itu baru best jika kampung.Korang mesti teruja bukan jika sesebuah rumah mahu ada kenduri kawin, di tambah ada orang ramai datang tolong-menolong.Di situ dapat mengerat ukhwah di antara jiran tetangga di dalam satu kampung ini.


Jika di kampung naim, lapisan tua akan mengemudi perkara pasang khemah, memasak dan perkara lain. Manakala kaum hawa juga terlibat di dalam perkara memasak juga.Belia macam naim cam mana? Terdahulu naim ada tulis entri pasal GENG 13. Sahabat-sahabat naim akan membantu di dalam bab memcuci pinggan dan cawan . itulah golongan muda di titi besi. Alhamduillah.


Sekarang , tak kira kampung mahupun bandar terus mengamal makan bufet dan memggunakan perkhimatan katering. Kerana ia memudahkan tuan rumah kenduri itu dan orang kampung itu sendiri. Kerana banyak orang tak dpat memabantu, warga tua sudah sakit, Golongan muda keluar pergi kerja dan belajar. Di samping itu,lebih melihat kecepatan membuat kerja .Benarkah?


Pendapat naim pula.Naim suka pada tahun yang terdahulu di masa makan secara hidang. Satu talam empat orang.Pada waktu itu, orang yang kita tak kenal boleh berkenalan di masa dok makan.Mai naim bagi situasi itu.



Hamba Allah A:Dok mana?
Hamba Allah B: Dok belah jitra  , dekat dengan masjid tanjung pauh.
Hamba Allah A:Kira dekat la.. Saya dok aloq star.Hari ini kena banyak nduri ka?
Hamba Allah B: kira-kira 8 tempat nduri. Kira yang lanie ,baru 5, paling jauh belah Yan.
Hamba Allah A:Kira banyak la 2..

 Begitulah apa yang naim maksudkan.Jika makan bufet pon boleh bersembang macam ini,tetapi suasana yang berbeza. Tak tahu korang yang dok kawasan bandar besar mesti tak tahu apa yang naim maksudkan.Contohnya kalau satu hidang empat orang tu ,satu lauk sudah habis, mai mentara  tolong tambah lauk .haha. yang itu yang best itu. Tapi suasana itu mempengaruhi peredaran zaman dan masa .

Akhir kalam,Semoga masjlis perkahwinan yang berjalan yang pasti tidak melanggar syarak Islam. Tak apa kita langgar adat tetapi jangan langgar Islam.Sebelum mentup entri ini, kita layan lagu ini. hehe




Wallahualam.

2 comments:

LadyBird berkata... [Reply to comment]

kt tmpt akak masih amalkan..

-Wan Siti Aisyah- berkata... [Reply to comment]

Yup, setuju dgn kata2 Naim.. Kalau kat Kelate, masih lagi makan angkat talam, masak ramai2.. Biasanya org tua yg lead kenduri kahwin nie lg2 tukang gulai sbb diaorg ada 'secret resepi' yg bangkitkan selera nak mkn kenduri.. Hehe.. Tp, bila org2 tua dah takde, sakit dsbnya itulah sbb kita tgk di kg pun dah ada katering.. Takde org muda yg boleh ganti kepakaran org tua dlm bab gulai-menggulai nie..

Semestinya akak pilih mkn angkat talam sbb boleh pilih byk lauk & minta tambah kalau xcukup.. Katering sekali amik dah segan nak tambah lauk kali ke-2 lak=D

Entry Paling Best

--------------