Kita Akan Kembali

in , by Muhammad Naim Abdullah, Disember 08, 2011
Fitrah manusia tidak lekang melakukan kesalahan sama ada kepada Ilahi, ibu bapa mahupun kepada binatang.Sifat manusia kekadang tak bisa di tafsir dengan fikiran waras ini.Namun ia semakin berani melebihkan sifat binatang.

Walaupun pelbagai pengajaran telah mereka pelajari masih tidak mengambil keinsafan diri.Nak jadi apa manusia sekarang ini.Kekadang Naim sedih melihat gelagat sahabat-sahabat Naim , blogger sama juga.Best sangat ke kejar sesuatu yang tidak pasti pabila sudah ramai, heboh kepada umum dengan pengikut yang ramai melebihi kepada blogger lain.

Hiburan di tanah air semakin berluasa di bandar mahupun di kampung. Piring astro mesti ada, rumah naim pun ada.Pabila bercampak hiburan tak bertunjang kepada agama Islam maka lahirlah artis-artis yang tak reti pasal agama Islam.Kekadang mereka melebihi taraf para ulama-ulama soleh.Kekadang mereka berfatwa lebih hebat para ulama-ulama.Kenapa mereka jadi seperti itu, adakah mereka masih di belenggu maksiat dek tiada teguran ustaz-ustaz bersama mereka. Adakah ustad masih menjaga periuk nasi demi masa hadapan. Tidak berani berkata benar.

Kalian lihat kerajaan Malaysia diteraju oleh Perdana Menteri ini.Bukan nak bangkang 100%. Index rasuah sudah jatuh paras 60, sumber Sinar Harian hari ini.Adakah perkara dosa di pandang remeh kepada mereka.Kekadang naim takut dan gusar kepada yang di beri kuasa pemerintah.Mandat rakyat telah diberi kepada mereka.Kenapa mereka masih tak menjalankan tugas kepada semua masyarakat amnya.Engkau bukan pemimpin kepada setengah penyokong kamu sahaja. Engkau pemimpin 100% rakyat malaysia. Apabila  rakyat menzahirkan suara keadilan.mereka bangkit menyatakan negara ini demokrasi.

Kepada para blogger, kepada wanita, kepada lelaki dan semua beragama Islam. Ingatlah agama kamu. Kamu beragama Islam . Yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Rasullullah SAW adalah pesuruh Allah.Tutuplah aurat anda wanita-wanita sekalian. Sebagai muslimin, naim akan sentiasa menegur anda. Fikir-fikirlah, di kala kamu kecil ibu bapa kamu menutup tubuh kamu dengan kain yang penuh. Pabila dah dewasa kain pun sudah tak macam tak pakai kain. 

Tekad azam baru hijrah 1433. Berubah kepada kebaikan. Mana kerajaan tak berapa nak betul tukar kerajaan baru yang berjuang demi rakyat.Bukan demi kroni sahaja.itu sahaja bebelan di awal pagi khamis.

Wallahualam

SHARE 2 comments

Add your comment

  1. kerajaan berubah atau tak, tak penting pd akak, yg penting bagi akak rakyat kene berubah. Kalau rakyat tak berubah, masih lagi lalai, kejar kesenangan, pentingkan diri macam nak ubah system yg ada dlm negara :)

    BalasPadam
  2. apa yang kita lakukan adalah kerana diri sendiri..kann ..tak perlu salahkan orang lain

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS