pengikut pemudattbc

Jumaat, 2 Disember 2011

Mesej Berantai

Assalamualaikum. Siapa tak pernah menerima mesej berantai.Sama ada di facebook,twitter atau zaman dahulu hanya foward sms sahaja.Adakah pernah korang lakukan.Naim masih sangsi kenapa umat Islam sekarang lebih percaya dan taksub kerana sanggup habis kredit sebanyak RM5 kerana mesej berantai ini. Di dalam facebook tak terlepas juga. Naim menerima beberapa mesej pasal Upin dan Ipin yang bersangkutan U dengan Amerika dan I adalah Israel.Banyak lagi yang bersangkutan dengan akidah . Bukan di dalam Quran telah menegaskan perkara ini .Di dalam surah Hujurat

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6)


Oleh itu, kepada kawan-kawan yang membaca entri ini , Naim berharap sangat-sangat kepada anda semua. Agar meneliti sesuatu mesej yang di foward kepada anda. Sama ada keshahihan dari segi maklumat nya dan bersangkutan. Agar kita tidak menjadi ejen fitnah di alam moden ini.


Insha Allah..


Wallahualam.

2 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! berkata... [Reply to comment]

la... upin dan ipin pun jadi mangsa fitnah.. macam macam hal..

nurul berkata... [Reply to comment]

salam.selalu jgak dapat mesej camni..xtahu nk forward ke x.last2 saya xforward,sebab tlupe..hu2..

Entry Paling Best

--------------