Bersama Zizan dan Ustaz Azhar-Tarik Ribuan Manusia

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 01, 2012
zain-ys

Ustaz Azhar Idrus terus mengorak langkah ke hadapan bila malam tadi sempena sambutan tahun baru 2012 yang dihadirinya berjaya menghimpunkan seramai lebih 80 ribu pengunjung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Turut serta dalam acara berkenaan ialah beberapa selebriti terkenal, antaranya ialah Zizan Raja Lawak, Ustaz Akhil Hayy dan lain-lain.

Apa yang menggemparkan ialah Zizan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus mengendalikan slot soaljawab agama. Tambah menggemparkan lagi ialah bila ustaz Azhar menunjukkan kemahiran bermain gitar manakala Zizan mengiringinya dengan menyanyikan lagu cina.

Sebelum ini, golongan literalis yang bertubi-tubi menyerang ustaz Azhar melalui pelbagai cara antaranya melalui status-status di Facebook dan klip-klip video yang di-edit dan dipotong-potong dengan cara yang tak bermoral dan memualkan. Selain itu mereka juga menggelarkan ustaz Azhar sebagai ustaz Maharaja Lawak, raja sesat dan sebagainya.

Selepas gambar, audio dan berita ustaz Azhar bermain gitar disiarkan melalui FB, golongan literalis ini merancakkan serangan mereka terhadap ustaz Azhar. Rata-rata melihat serangan berkenaan timbul kerana rasa cemburu terhadap fenomena Ustaz Azhar Idrus yang terus mara ke hadapan.
Antara serangan terhadap ustaz Azhar IdrusAntara serangan terhadap ustaz Azhar Idrus
Antara yang memberi pandangan di FB ialah Ustaz Wan Ji, katanya:
Kagum dengan fenomena ust azhar jika.mahu dibandingkan dgn fenomena2 sebelum ni. Dulu ada fenomena anwar, hadi, mawi dll. Kerangka mereka agak terpilih. Anwar, fenomena dikalangan ahli politik. Hadi, fenomena dikalangan ahli gerakan islam, mawi, fenomena yg golongan agamawan agak menjauhkan diri. Tp fenomena ust azhar, boleh dikatakan merangkumi semua pihak hingga dipandang hina oleh ulama muda umno.




Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini [LINK]













Kalau nak lihat video, boleh pergi link asal.:
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6942%3Afenomena-ustaz-azhar-idrus-terus-dicemburui-golongan-literalis-&catid=83%3Aseni-dan-budaya
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS