pengikut pemudattbc

Ahad, 15 Januari 2012

Dimana Engkau Kawan

Siapakah kita
tanpa kawan-kawan yang seiring
yang bersama kita 
di kala senang
di kala susah



Bagaimana kita menghargai nilai persahabatan dengan sahabat kita. Adakah dengan belanja air teh ois dan roti canai satu?Tetapi banyak kita lebih merujuk kepada kawan daripada Allah Sang Pencipta dunia ini. Kerana kita lebih percaya kawan daripada tuhan


Kekadang kita lebih
memerlukan kawan 
daripada
Tuhan hok cipta kita
guane kita nak jumpe 
tuhan dengan perilaku kita
macam gini?


Akan tetapi , manusia yang dhaif macam kita ini lebih memilih kawan . Kerana banyak jenis kawan perlu kita pilih daripada musuh yang menjadi kawan. Maksudnya? kekadang kita memilih musuh sebagai kawan dan kawan sebagai musuh.Semampu kita dan selayak kita menjadi kawan kepada sahabat kita.




Aku menjadi serba salah 
tatkala dilanda masalah
dengan kawan 
ku sayangi
di sana menjadi kawan
di sini bertukar musuh
di mana kesilapan aku


Kekadang kita sebagai manusia sudah di takdir memilih kawan yang salah landasan daripada memilih kawan yang sebaik landasan. Oleh itu perbaiki landasan yang buruk kepada landasan yang terbaik kepada diri kita. Insha Allah.


Memang itu kesalahan kita
di dalam memilih kawan
tak salah 
memilih kawan
tak berdosa
memilih kawan
tetapkan di dalam memilih kawan


sebelum berakhir, maghi layan lagu ini.



5 comments:

Nurul Farhanah berkata... [Reply to comment]

Teringat sahabat2 di Komuniti yang dulunya suka bergurau - gurau, saling memperingati satu sama lain. Kenangan dulu - dulu, kalau diingatkn semula terasa nak kembali lagi. Tapi mana mungkin, yang kini kena diteruskan demi mengapai redha-NYA. : ) Tabah dan terus tabah.

Cukup lah sahabat 2-3 orang sahaja daripada ramai, tapi bila kita sakit tak ada sapa yang peduli, padahal sahabat yang 2-3 orang ni lah yang jaga & ambil berat pasal kita.

Naurah Alwani berkata... [Reply to comment]

di sana menjadi kawan
di sini bertukar musuh
di mana kesilapan aku


aha, suka yang ini. =]

Kalau yang di sana itu menjadi kawan, alhamdulillah.. tapi kalau yang di sini menjadi musuh... haila~

Yatie Awang berkata... [Reply to comment]

mencari kawan yang sentiasa akan mengingatkan kita kepada Allah

aimie amalina berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah :)
suke puisi naim ni

supaya kita
mmpu menjadi kawan terbaik!

Jue AbdRahman berkata... [Reply to comment]

Aku menjadi serba salah
tatkala dilanda masalah
dengan kawan
ku sayangi
di sana menjadi kawan
di sini bertukar musuh
di mana kesilapan aku

jadi kat akak, rasa sedih sgt :(, tak la smp bermusuh tp dh jarang bertegur sapa, akak dh minta maaf, xtau la dimaafkan ke x.. pertama kali perkara begini jd kat akak, mungkin ini ujian Allah tuk akak, akak redha je..

Entry Paling Best

--------------