Petualang Mata Biru

in , by Muhammad Naim Abdullah, Januari 24, 2012
Petang ini kita layan lagu semangat,ok?



Verse 1 (Yayan):
Baru mula cerita bukan penglipur lara.
Yang tahu cerita benar ataupun dusta.
Kini aku buka mata, buka telinga.
Frekuensi bertukar ke gelombang deria.

Air mata tak dapat lagi di kesat.
Mata biru kini petualang tak dapat lagi di sekat.
Bangga meluru menabik dada penuh dengan hasrat.
2 ribu hingga kini dendam di hati lagi kesumat.

Nenek cerita teka2 silang kata.
Jangan pernah tutup mata, tutup telinga.
Buka segala buka sekali marah bukan merah.
Bagi menyala pada masa akan tiba.

Turun-turun mereka,semua jadi penyamun.
Anak-anak kecil baru lahir kena lantun.
Berdosakah mereka jatuh tak bangun-bangun.
Besi terbang jatuh rampas hak harta karun.

Chorus (Yayan):
Kini mula bangkit terbang meluru luru.
Semua hantu datang tangkis peluru memburu.
Menantikan kedatangan si petualang biru.
Musnah semua pusaka kini tinggal abu. (2x)

Verse 2 (Yayan):
Bergelimpangan merata tak kira jalan.
Dunia hilang taman bila ada kekejaman.
Petualang mata biru benci bila aman.
Sekutu di panggil hapus musuh tak melawan.

Apa hanya dapat bila tonton di televisyen.
Derita mereka terasa di hati dan tertawan.
Aku ingin melawan,apa boleh buat kuasa tak sampai awan.
Yang tinggal kini hujung jari tunjuk arahan.

Ada dua tangan,temukan mereka di simpang.
Hati berdetik panjat kan keamanan.
Tak minta kasihan cuma hapuskan kekejaman.
Sudah termaktub pada akhir zaman.

Hasrat berjuang kini ingin kulaungkan.
Di dalam irama melodi aku melawan.
Kuharap smpai di hati saudara sezaman.
Ini panji amanat kaum akhir zaman.

*Chorus*

Verse 3 (Khalid):
Jauh memang jauh masa ditinggalkan.
Kenangan berzaman tanah diperjuangkan.
Suci ketiga memang jadi rebutan.
Musuh datang dengan hasrat ingin menumpang.

Tumpang dalam diam cucuk dalam-dalam.
Gali segala lubang curi rahsia alam.
Tukar segala riang kini semua jadi bimbang.
Memang betul akhir zaman panji kini ditegakkan.

Tak guna risau kalau diri bukan rimau.
Rimau dalam aku kini jadi risau.
Senjata bukan pisau lidah tajam berkilau kilau.
Cucuk hati teman rasuk jiwa jadi rimau.

Satu satu hantu ,dua dua lima.
Hantu bersatu bukan daripada kayu.
Kita jangan lupa , saudara ada di mana-mana.
Musuhku si petualang mata biru.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. hmm rap yang bermaksud, mendalam pulak tu. Sape kata nasyuid je boleh berdakwah kan.

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS