16 Mei Hari Guru- Dah Terbalas Jasa Kepada Guru

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 16, 2012
Pertama , mari kita berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW  dan rahmat Illahi yang mencurah-curah kepada bumi ini, ALhamduillah. Hari ini tanggal  16 Mei kita akan semua akan menghargai peranan seorang pendidik kepada diri kita sendiri. Dari tidak tahu membaca, menulis sehingga kita bisa menjadi seorang yang cerdik pandai malah lebih baik daripada seorang guru itu sendiri.

Suasana sekarang berbeza macam dahulu , guru sekarang tidak lagi dihargai oleh pelajar kerana ada ada sikap kurang ajar terhadap guru sanggup melawan cakap, bertumbuk dan sebagainya. Bagaimana keberkatan ilmu itu akan tersimpan di dalam hati jika perasaan kurang ajar terhadap guru tersebut.

Dewasa ini, kita boleh melihat telatah pelajar-pelajar zaman termaju di malaysia.Kekadang rimas Naim nak berbicara tentang ini. Namun masih ada harapan pelajar-pelajar ini di asuh dengan acuan Islam yang pernah Nabi Muhammad SAW yang ajar pada ketika Rasullullah masih ada.Namun begitu, sikap masyarakat lebih mengagungkan acuan Barat kerana lebih bergaya dan profesional cakap mereka. Mereka lebih suka anak-anak mereka di hantar di sekolah bertaraf antarabangsa kerana nanti anak-anak senang dapat kerja dan sebagainya.

Mari kita selami seketika, peranan guru sekarang hanya sekadar di sekolah datang seawal pagi untuk mengajar sehingga pukul 3 petang. Begitulah putaran seorang guru yang masih dianggap jijik bagi pelajar yang malas.Jika seorang guru menegur kesalahan kita, apatah memukul pada hadnya. Keesokkan harinya pelajar akan datang bersama-sama ibubapa untuk menyerang guru tersebut dan menyaman guru itu, walhal kesalahan pelajar itu sangat besar tetapi sikap manjakan anak dan anak dia sahaja betul lebih menyeksa kan guru tersebut.

Kepada guru-guru, bersabar lah kerana seorang pendidik kamu mesti cekal di dalam mendidik anak bangsa dan agama. Tugas guru bukan sahaja di sekolah sahaja malah di luar pagar sekolah pun kalian masih bergelar guru. Kerana nama sebagai guru akan di bawa kemana-mana sahaja,padahal kamu sudah meninggal dunia sekali pun, Betul ka?

"Ahmad, sapa meninggal pagi tadi?"

" Ala, cikgu A, dia sakit jantung"

 Allahu akbar! 

Akhir sekali, naim nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru di malaysia dan seluruh dunia sekali pun. Jadilah pendidik yang takutkan Allah cintakan  Nabi Muhammad SAW. Ikhlas berkerja kerana Allah bukan kerana cukup bulan nak gaji. hehe. Kepada Guru SK Kepala Batas, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman , Lecturer Polimas, Jazakallah.

Wallahualam

SHARE 1 comment

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS