Pilihan Raya Umum 13 Akan Datang?

in , by Muhammad Naim Abdullah, Mei 14, 2012
Salam alaik kepada semua, apa khabar kali ini nak sentuh pasal politik sedikit. Akhir-akhir ini banyak berita berkisar pilihan raya yang akan datang. Ada khabar angin mengatakan akan berlaku pada bulan Jun 2012. Wallahualam. 

Tetapi melihat situasi sekarang kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku di Malaysia ini kerana boleh berlaku apa sahaja yang tidak dapat di tafsirkan oleh minda kita sendiri.Baru-baru Perdana Menteri Malaysia turun padang ke negeri Pahang memberi sebanyak 15 ribu kepada penduduk felda . Alhamduillah .

Namun begitu jangan kita rasa tidak puas hati kepada Pemimpin negara itu, itu hak dia untuk memberi duit kepada rakyat di Pahang. Namun begitu bukan negeri pahang sahaja berhak di beri sebanyak 15k , kenapa negeri lain tidak diberi sebanyak itu.Oleh itu di dalam negara ada duit perlu di guna secara berhemah agar duit rakayt di guna dengan sebaiknya. Insha Allah.




Pelbagai isu akan di bangkitkan oleh kedua-dua pihak sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menarik hati para pengundi dan penyokong mereka. Bagaimana pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar adalah pengundi yang bebas daripada terikat pada parti kerana boleh memecahkan undi sebuah parti yang bertanding pada satu Adun dan Parlimen.Jika kita lihat sekarang beberapa negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional seperti Perlis, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka , Johor, Terengganu , Sabah dan Sarawak manakala negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Kedah , Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan.Walaupun beberapa kali di serang oleh media massa pro kerajaan namun negeri di terajui oleh Pakatan Rakyat bisa menangkis serangan itu.

Alhamduillah, Lihat negeri kelahiran naim iaitu Kedah Darul Aman sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Ustaz Azizan yang banyak menyumbang ke arah  kebaikan negeri Kedah. Di dalam manifesto Pilihan Raya Umum 12 telah dilaksanakan secara berperingkat. Dan kuliah agama bercambah macam cendawan.Setiap sabtu di adakan kuliah di Rumah Kediaman Menteri Besar di Mentaloon.Ustaz Azizan tidak mementingkan perkara dunia semata-mata namun perkara akhirat di amik kisah.

Bagaimana sokongan daripada mahasiswa?Sokongan mahasiswa adalah 70-90% yang akan di tagih oleh pihak barisan nasional dan pakatan rakyat.Kerana sokongan daripada golongan muda adalah satu cabang untuk beroleh kemenangan di dalam satu parlimen dan adun yang mereka bertanding.Dewasa ini, kita boleh melihat suara-suara mahasiswa lantang menyuarakan ketidakan kepuasan hati kepada pihak pemerintah negara kerana tidak menghargai suara mahasiswa.

Oleh itu, jangan bermain api dengan golongan mahasiswa kerana mereka bukan mudah di tindas dan di tipu. .

Wallahualam.
SHARE 0 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS