Ikut Sahaja

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 05, 2012
Malam ini naim nak sentuh sedikit beberapa isu , insya Allah ia memberi kesan kepada diri kita sendiri dan muasabah diri kepada supaya kembali  kepada Islam.

mari kita renungi satu hadis :-

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang Engkau maksudkan?” Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

Hadith riwayat Muslim.

Jika kita renungi hadis di atas, sudah berlaku di tanah air kita sendiri,ia bermula daripada kaca televisyen sehingga masuk dalam rumah kita. Pihak televisyen berlumba-lumba membuat rancangan tarik minat golongan muda seperti mentor,akademi fantasi, mania, apa sahaja, yang terbaru kilauan emas





Bangunlah umat islam , bangun dari lenaan yang panjang.Jangan sampai anda terjaga tatkala kekalahan teruk .Kepada ibu bapa awasi tingkah laku anak-anak anda.Kalau mereka nak masuk program realiti marah mereka dan 'haram'kan mereka jejak kaki di program itu. Nescaya buruk padah kita dapat.

semoga manfaat. Insya Allah.

Wallahualam.
 
SHARE 4 comments

Add your comment

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS