SaffMuslim-Forum Ilmiah

in , by Muhammad Naim Abdullah, Julai 09, 2012



Malam ini naim nak promot satu satu forum ilmiah khusus untuk semua lapisan masyarakat, tak kira  umur. Jom baca sedikit qoute penubuhan forum ini :-

"The Founders



Image


Admin laman SaffMuslim ini, enggan memberitahu nama sebenar beliau. Namun identiti beliau boleh sahaja dicari dengan mudah, malahan ini pautan ke laman facebook beliau. Beliau merupakan seorang pelajar perubatan, dan inshaAllah bakal menamatkan pengajian setahun lagi. Beliau tidak mempunyai asas pengajian berkaitan internet atau web development secara formal. Berusia 23 tahun, beliau berhasrat menjadikan laman SaffMuslim ini sebagai satu saham, pelaburan beliau demi pembangunan ummah, serta yang terpenting, agar menjadi saksi kepada beliau di akhirat kelak inshaAllah.

Image


Seorang lagi pengasas, adalah saudari Hasniza Ibrahim. Anak jati Kelantan ini kini bekerja di Selangor, selaku seorang Pegawai Eksekutif. Biarpun mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan, minatnya dalam bidang seni penulisan telah mendorong beliau mengorak langkah-langkah awal menjadi penulis bagi memeriahkan persada seni sastera negara. Doakan beliau ya! Blog beliau, Mencari Sebuah Destinasi, penuh dengan kisah-kisah motivasi dan menyentuh hati. Forum SaffMuslim merupakan satu usaha beliau meluaskan skop dakwah, dengan harapan untuk menjalinkan ukhwah sesama kita Muslim dan menjadi platform terbaik perkongsian antara kita inshaAllah.

Alhamdulillah, dua orang inilah yang bersatu usaha dan tenaga, menjadikan SaffMuslim suatu realiti. Namun tentunya, dua orang sahaja tidak mampu untuk menguruskan laman web sebegini. Sedangkan mereka berdua juga masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, apatah lagi meluangkan masa menguruskan SaffMuslim. Semenjak awal minggu lalu, pengurusan SaffMuslim mencari-cari sukarelawan untuk membantu mereka.

Saf Muslimah - Satu Komuniti Impian


Image


Ummi SaffMuslim - Ummi Wan Mazwati. Seorang pensyarah, serta yang penting, seorang ibu yang cukup mengagumkan - Ummi Mazwati dilamar oleh Admin SaffMuslim untuk menjadi "ibu angkat" laman ini. Didalam benak pemikiran Admin cuma satu - ingin mewujudkan sebuah komuniti Muslimah yang cukup erat dan rapat, serta efisyen dan bermanfaat. Hasil daripada idea itu, sebuah kategori forum diwujudkan di SaffMuslim, iaitu forum Saf Muslimah, yang mana hanya boleh dinampak dan diakses oleh pengguna Muslimah sahaja. Permohonan untuk mengakses forum ini, ditapis sendiri oleh saudari founder, AsNiza, bagi memastikan identiti pengguna yang memohon. Hatta Admin sendiri tidak dapat mengakses forum ini!

Apa ada di Saf Muslimah? Sebuah komuniti yang terjaga rapi, dinaungi oleh Ummi Mazwati selaku ibu angkat yang mengambil berat dan menjaga kebajikan puteri-puteri SaffMuslim. Di kategori ini, para muslimah bebas bergaul dan berukhwah sesama mereka, berkongsi khabar berita, sesi luahan hati dan perasaan, soal jawab berkenaan urusan Muslimah dan sebagainya. InshaAllah, besar harapan Admin agar komuniti puteri-puteri SaffMuslim menjadi satu komuniti yang kuat dalam arena maya tempatan.


Image


Namun Ummi Mazwati tidak keseorangan. Beliau dibantu oleh seorang moderator yang dilantik khas, Moderator Muslimah, iaitu saudari Khazinatul Asrar. Bagaikan jodoh, kebetulan rupanya saudari Khazinatul Asrar dan Ummi Mazwati rupa-rupanya pelajar-pensyarah di universiti yang sama di tanah air. Saudari Khazinatul Asrar akan membantu Ummi Mazwati menjaga kebajikan puteri-puteri SaffMuslim disini. Selain itu, saudari Khazinatul Asrar juga turut berkhidmat selaku Moderator bagi kategori Saf Sastera & Penulisan. Hasil minat beliau yang mendalam dalam bidang ini, beliau diyakini akan menjalankan tugas dengan terbaik di kategori berkenaan.

Impian SaffMuslim

Asyik Saf Muslimah je, tiadakah Saf Putera? InshaAllah, jika diizinkan Allah, setelah SaffMuslim semakin betapak kukuh, apa salahnya. Banyak idea bermain-main di fikiran Admin. Mungkin suatu hari nanti kita boleh menganjurkan "Gathering" bersama-sama pengguna SaffMuslim. Mungkin kita boleh anjurkan "road trip" bersama-sama. Semua hanyalah impian, namun inshaAllah impian itu menjadi realiti apabila kita setapak demi setapak melangkah bersama menujunya. Ayuh, jom aktif bersama-sama, luruskan dan rapatkan saf di SaffMuslim!


Image


Sebelum itu, turut tidak dilupai, seorang Moderator Umum (Global Moderator) juga telah dilantik. Akhi Muhammad Naim, dengan perwatakan yang peramah dan ceria, diyakini dapat menyandang tugas ini dengan penuh itqan. Kerajinan beliau tidak lagi perlu dipersoalkan, atas dasar kepercayaan Admin sedia memberi amanah selaku Moderator Umum kepada beliau. Beliau diamanahkan untuk menjaga suasana SaffMuslim secara umumnya, menyediakan suasana solehah (bi'ah solehah) agar para pengguna SaffMuslim boleh berforum dan berukhwah dengan senang hati dan selesa. Beliau juga sedia membantu pengguna terutamanya pengguna-pengguna baru, khususnya dalam urusan teknikal. Jika ada apa-apa masalah, jangan segan menghantar PM kepada beliau!

Designer - Bukan satu tapi TIGA


Image


Image


Image


Last but not least, TRIO kita. Bukan trio Datuk T, tetapi trio yang dilantik kerana mereka menunjukkan kemahiran dan kesungguhnya yang tinggi merebut posisi Designer SaffMuslim! Admin pada awalnya bercadang memilih cuma seorang, namun ketiga-tiga mereka lulus dalam "challenge" yang Admin hulurkan. Subhanallah, Allah menganugerahkan SaffMuslim tiga orang designer yang akan menghias, mencantikkan dan memperindahkan laman SaffMuslim ini agar menjadi lebih sejuk mata memandang, lebih segar dan menyegarkan! Tiga orang designer yang dimaksudkan adalah saudara Mohd Ali, saudari Naurah Alwani, dan saudari Azlyn Fauzi!

InshaAllah, setakat ini itulah barisan pengurusan, atau kami gelarkan sebagai Squad SaffMuslim, yang bertindak menjadi tulang belakang laman ini. Pun begitu, setakat ini, mereka masih lagi dalam tempoh percubaan sehingga satu tarikh yang tidak diumumkan Admin, justeru jom kita tengok sama-sama dan nilai tugas mereka. Sebarang kritikan, komen, ulasan, pandangan dan sebagainya, jangan segan silu melaporkannya terus kepada Admin ya?

Mari sertai kami!

Kami menerima baaaanyak permohonan sepanjang pengambilan dibuka. Ribuan terima kasih kepada yang memohon! Jangan risau, jika laman SaffMuslim ini semakin berkembang maka kami pastinya akan membuka lebih banyak tempat untuk rakan-rakan pengguna yang lain memohon menjadi sukarelawan. Setakat ini, inshaAllah, Admin SaffMuslim akan menyemak keperluan bagi tugas-tugas moderator setiap minggu, justeru stay tuned!

Akhir kata, kami di barisan Squad SaffMuslim memohon kepada rakan-rakan sekalian, agar mendoakan semoga kami menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan amanah. Semoga laman SaffMuslim ini semakin kukuh di persada dunia maya negara, serta menjadi wadah dan platform terbaik penyemaian ukhwah sesama Muslim inshaAllah!

Sekian daripada Admin,
Wallahua'lam. Wassalam.
"

apa lagi, jangan tunggu lama2..

jom daftar segera :-

Forum SaffMuslim

promo sama k.. Terima Kasih
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Alhamdulillah.. forum yang bagus... :-)

    BalasPadam
  2. alhamdulillah....

    tapi sampai sekarang akak tak dapat access saffmuslim...dah banyak kali register tapi still tak dapat login..dah gtaw kak as pun...huhu..

    BalasPadam
  3. Mabruk alaik' Naim.. Teruskan usaha & all the best akak ucapkan kpd team Saffmuslim=) InsyaAllah, teringin juga nak sambung kembali tugasan di forum sebagai seorang kaunselor tapi bkn buat masa terdekat nie kot.. Hehe..

    BalasPadam

sila tinggal kata-kata anda:

© Ke Arah mencari redhaNYA · THEME BY WATDESIGNEXPRESS