pengikut pemudattbc

Jumaat, 31 Ogos 2012

Salam Kemerdekaan Ke 55

Setiap tahun apabila tanggal 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan. Sama ada di negeri perlis sehingga negeri Sabah.Apa maksud di sebalik merdeka ini pada diri kita?

Ada cakap merdeka ini adalah bebas dan aman daripada penjajahan.Adakah sama dengan penjajahan minda oleh senjata-senjata sulit musuh Allah.Pada pandangan Naim, sebenarnya kita masih di jajah pada sudut rohani.Kita lihat pada masyarakat sekarang mereka lebih percaya media elektronik , televisyen daripada Quran dan Sunnah. Mengapa ia berlaku kerana sikap para pemimpin yang tidak yakin kepada Allah, bukan kah, sepotong ayat Quran berfirman:-

"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.(At-Taubah 9:129)

Lagi satu, pabila detik 12 tengah malam mengapa  percikkan bunga api di lancarkan. mengapa tidak bertakbir memuji kebesaran Allah SWT.

 Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55, Dengan temanya Sebangsa, Senegera Sejiwa...

takbir!! Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu akbar!!

Wallahualam 

1 comments:

KY berkata... [Reply to comment]

selamat hari MERDEKA dr kak yatie hihiih

Entry Paling Best

--------------